Bernama 12/6/2015  KUCHING, 12 Jun (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam. Presidennya Datuk Azih Muda berkata kenaikan itu mestilah lebih baik memandangkan pekerja dalam sektor awam di negara ini berhadapan dengan cabaran kos sara hidup yang masih jauh jurangnya dengan kadar upah yang diterima. “Penjawat awam kini tertanya-tanya bila lagi kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji, bulan puasa ini ada atau tidak ada bonus.

“Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan umumkan kenaikan gaji, elaun, elaun wilayah serta penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Hari Pekerja 2015 dan Malam Mesra Hari Gawai 2015 di sini, malam tadi.

Beliau berkata walaupun keadaan kewangan negara kurang stabil ketika ini tetapi ia bukan alasan untuk kerajaan tidak mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Azih berkata kepimpinan Cuepacs akan terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam di negara ini. — BERNAMA 

http://cuepacs.blogspot.com/2015/06/cuepacs-gesa-kerajaan-segera-umum.html

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • IMRAN BIN MOHAMED @ ISMAIL

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 81143Total visitors:
  • 44Visitors today:
  • 434Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: