PRESIDEN CUEPACS, Datuk Azih Muda. – Foto Faris Zainuldin
KANGAR: CUEPACS merayu kerajaan memberi bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam bagi persediaan menyambut Aidilfitri Julai depan.
Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pemberian bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan berikutan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi. “Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya.
“Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai,” katanya selepas Persidangan CUEPACS Perlis, di sini, sebentar tadi.
Azih juga berharap kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang Hari Raya.
“Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan.
“Kami juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus Hari Raya tiga per empat gaji untuk kakitangan kerajaan negeri itu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini,” katanya
sumber : http://www.bharian.com.my/node/159342
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/