Kepada Semua Ahli
Persatuan Pentadbir UiTM
YBhg. Datin/Dr/Tuan/Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERSATUAN PENTADBIR UiTM KALI KE- 16
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PPUiTM kali ke-16 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 25 Mac 2021 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi – 01:00 petang
Medium : WEBEX
3. Berikut adalah Agenda Mesyuarat Agungi. Ucapan Pendaftar UiTM
ii. Ucapan Presiden PPUiTM
iii. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-15
iv. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PPUiTM sesi 2019/2020
v. Membentang Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2019 & 31 Disember 2020
vi. Pembubaran Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM sesi 2019/2020
vii. Pemilihan Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM sesi 2021/2022
viii. Cadangan usul
x. Ucapan Penangguhan Presiden PPUiTM Sesi 2021/2022
4. Sehubungan itu, YBhg. Datin/Dr/Tuan/Puan dimohon memberi kerjasama untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
i. Membuat catatan usul pada link berikut: https://forms.gle/A4WRJQRK4NsWyyEp6 (jika ada)
ii. Membuat pencalonan exco baharu bagi sesi 2021/2022 pada link berikut https://forms.gle/2KzhPBGZu77pRKaB8. (Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli berdaftar Persatuan Pentadbir UiTM)
Sila berbuat demikan sebelum atau selewat-lewatnya 24 Mac 2021 (Rabu).
Sekian, keprihatinan YBhg. Datin/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PPUiTM amat dihargai demi kelestarian pentadbir dalam mendokong universiti tersohor.
PRIHATIN & PROAKTIF
Sekian. Terima kasih.
Yang benar
DR ZAITON NASIR
Pengarah
Pusat Kesihatan UiTM
Merangkap Presiden PPUiTM Sesi 2019/2020
Laman web rasmi PPUiTM http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER: http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOg: http://ppuitmsa.blogspot.com/