Kepada Semua Ahli
Persatuan Pentadbir UiTM

YBhg. Datin/Dr/Tuan/Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERSATUAN PENTADBIR UiTM KALI KE- 17

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PPUiTM kali ke-17 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat)
Masa : 10:00 pagi
Medium WEBEX: https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=mbb198db0e9dc75e1077a191a89192973

  1. Berikut adalah Agenda Mesyuarat Agung

i. Ucapan Presiden PPUiTM
ii. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-16
iii. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PPUiTM sesi 2021/2022
iv. Membentang Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2021 & 31 Disember 2022
v. Pembubaran Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM sesi 2021/2022
vi. Pemilihan Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM sesi 2023/2024
vii. Cadangan usul
viii. Ucapan Penangguhan Presiden PPUiTM Sesi 2023/2024

  1. Sehubungan itu, YBhg. Datin/Dr/Tuan/Puan dimohon memberi kerjasama untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

i. Membuat catatan usul pada link berikut: https://forms.gle/FKjnbrF4PyLNHKaF8 (jika ada)

ii. Membuat pencalonan exco baharu bagi sesi 2023/2024 pada link berikut https://forms.gle/rNY5LJrD8s6KcTe2A. (Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli berdaftar Persatuan Pentadbir UiTM)

Sila berbuat demikan sebelum atau selewat-lewatnya 25 Mei 2023 (khamis)

Sekian, keprihatinan YBhg. Datin/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PPUiTM amat dihargai demi kelestarian pentadbir dalam mendokong universiti tersohor.

PRIHATIN & PROAKTIF

Sekian. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • IMRAN BIN MOHAMED @ ISMAIL

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 81143Total visitors:
  • 44Visitors today:
  • 434Visitors last week:
  • 3Visitors currently online: