JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR PENGURUSAN PENTADBIR 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pentadbir Universiti Teknologi MARA (PPUiTM) akan menganjurkan Seminar Pengurusan Pentadbir 2024 (SePP 2024) pada 04 hingga 06 Jun 2024 bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Objektif seminar ini adalah untuk menggali cabaran-cabaran masa kini di dalam pengurusan pentadbir universiti, meningkatkan kesedaran akan pentingnya pembudayaan kompetensi dalam kalangan pentadbir, memperkenalkan strategi pendigitalan tadbir urus dan penguasaan teknologi terkini serta mengukuhkan jaringan kerjasama di dalam dan luar negara.

Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput pentadbir professional dan pelaksana gred 29 hingga gred 54 untuk menghadiri seminar pada ketetapan seperti yang berikut:

Tajuk : Seminar Pengurusan Pentadbir 2024 (SePP 2024)
Tarikh : 04 hingga 06 Jun 2024 (Selasa – Khamis)
Tempat : Dewan Auditorium , Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan
Tema : Melestari Pentadbir Universiti Dalam Memacu Pembangunan Malaysia Madani
Sasaran : Pentadbir Profesional dan Pelaksana Gred 29 hingga Gred 54

Pautan pendaftaran: https://forms.gle/XddtsuKCEWEL6LMf6

Sebarang pertanyaan lanjut, Ts. Salifairus bin Mohammad Jafar, Pegawai Penyelaras Program sedia dihubungi di talian 03-55444415 atau melalui alamat email salifairus@uitm.edu.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • NOR HASLINDA BINTI MOHAMED ALI

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 79300Total visitors:
  • 14Visitors today:
  • 305Visitors last week:
  • 1Visitors currently online: