SELAMAT MENYAMBUT HARI PENTADBIR 2024 kepada semua Ahli Persatuan Pentadbir (PPUiTM) daripada Naib Canselor UiTM, Pendaftar UiTM , Presiden dan Jawatankuasa PengurusanPersatuan Pentadbir Universiti Teknologi MARA (PPUiTM) Sesi 2023/2024
PPUiTM Apps. https://pp.uitm.link/ 

Tema sambutan pada tahun ini adalah Keterlihatan dan Keterampilan Bakat Pemangkin Kecemerlangan Pentadbir Universiti, yang merupakan manifestasi daripada peranan Pentadbir dalam mengukuhkan institusi Pendidikan Tinggi pada hari ini dan seterusnya menjadi mercu tanda keunggulan dan kejayaan.

Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam merupakan hari bagi mengiktiraf peranan pentadbir universiti awam di Malaysia. Tarikh 20 Ogos pada setiap tahun dipilih sebagai Hari Pentadbir Universiti Awam. Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam yang kali pertamanya disambut adalah pada tahun 2016 dan disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu di AKEPT.

Program sambutan Hari Pentadbir secara besar besaran dan bersama dibuat pada setiap 2 tahun sekali. Selepas Sambutan di AKEPT, antara universiti yang telah dipilih menjadi hos adalah Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MASTI yang bersidang pada tahun 2022 telah bersetuju bahawa untuk Edisi ke-5, pihak MASTI telah memilih POTENSI UniMAP sebagai hos utama bagi Sambutan Hari Pentadbir 2024 di Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2024 (KPUA 2024)

#haripentadbir #haripentadbir2024 
#ppuitm #kitaUiTM #UiTMdihatiku #MalaysiaMadani #mastimalaysia MASTI – Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia 
https://www.facebook.com/share/p/D7MpnKvqT5mxB2UR/?mibextid=oFDknk

https://www.facebook.com/share/p/D7MpnKvqT5mxB2UR/?mibextid=oFDknk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • SHAMSOL KAMAL BIN SHRRIFFUDIN
  • ZAKIAH BT HAJI DAUD

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 77908Total visitors:
  • 0Visitors today:
  • 301Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: