Pelancaran Dasar dan Garis Panduan Komunikasi Universiti
DASAR & GARIS PANDUAN KOMUNIKASI UNIVERSITI
Bagi menggalakkan komunikasi yang telus dan bertanggungjawab demi memperkasakan kemajuan UiTM serta memperkukuhkan perhubungan UiTM dengan pelanggan dalaman dan luar serta pemegang taruh Jabatan Komunikasi Korporat telah menyediakan Dasar dan Garis Panduan Komunikasi Universiti yang telah diedarkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada Jun tahun 2012.
Garis panduan tersebut adalah seperti berikut :
1. Garis Panduan Imej dan Identiti Korporat Universiti
2. Garis Panduan Pengurusan Laman Sesawang Universiti3. Garis Panduan Pengurusan Media Universiti4. Garis Panduan Pengurusan Acara dan Protokol Universiti5. Garis Panduan Pemasangan Kain Rentang dan Gegantung
6. Garis Panduan Sistem Papan Tanda Universiti
Manual Imej & Identiti Korporat Universiti
MANUAL IMEJ & IDENTITI KORPORAT UNIVERSITI EDISI 2012
Manual Imej & Identiti Korporat Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai panduan di dalam urusan berkaitan dengan komunikasi visual universiti. Manual ini memperjelaskan akan komunikasi visual serta ‘signature’ korporat UiTM yang meliputi logo, warna korporat, cetakan pejabat, pengangkutan, pakaian seragam, cenderamata serta beberapa lagi komponen lain bagi memperlihatkan identiti serta imej universiti yang seragam.
Manual ini begitu bermakna kepada warga UiTM khasnya di dalam memastikan keseragaman imej UiTM dapat diselaraskan serta memperlihatkan ‘signature’ kepada masyarakat secara amnya.
Manual Sistem Papan Tanda Universiti
MANUAL SISTEM PAPAN TANDA UNIVERSITI EDISI 2012
Manual Sistem Papan Tanda Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai panduan di dalam urusan berkaitan dengan papan tanda dalaman serta luaran universiti. Manual ini menggariskan penggunaan mukataip, saiz, lambang serta warna pada papan-papan tanda tersebut.
Ketetapan penggunaan visual komunikasi yang standard amat penting demi mewujudkan satu persamaan identiti dalaman uitm termasuk kampus-kampus negeri dan cawangan.
Manual ini dapat digunakan sebagai panduan bagi urusan berkaitan dengan komunikasi visual korporat universiti dan ianya dapat dipatuhi serta dilaksanakan dengan mudah, kemas dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Sebarang pertanyaan berkaitan isi kandungan buku panduan ini hendaklah dirujuk terus kepada Jabatan Komunikasi Korporat, Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM, Shah Alam.
Manual Pengurusan Acara dan Protokol Universiti
MANUAL PENGURUSAN ACARA & PROTOKOL UNIVERSITI EDISI 2012
Manual Pengurusan Acara & Protokol Universiti Edisi 2012 diterbitkan sebagai garis panduan kepada semua PTJ di peringkat kampus negeri/ cawangan/ fakulti/ bahagian/ pusat mendapat manfaat serta memudahkan pengendalian sesuatu acara/ program bagi memastikan penganjuran sesuatu acara atau majlis dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, efisyen serta sistematik.
Dengan adanya manual ini, segala hal yang berkaitan dengan Pengurusan Acara dan protokol dapat dilaksanakan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan UiTM.
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/