Konvensyen Pentadbir Universiti Awam

Konvensyen Pentadbir Universiti Awam (KPUA) 2024 berfungsi sebagai platform untuk pentadbir universiti berkongsi dan mengemaskini pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan institusi pendidikan tinggi bagi memenuhi perubahan persekitaran dunia pendidikan yang dinamik. Perbincangan mengenai kepimpinan dan inovasi dalam pengurusan adalah antara objektif konferens ini.

Konferen ini akan menghimpunkan semua pentadbir universiti dari pelbagai kemahiran pelbagai disiplin untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan idea mereka bagi membantu mewujudkan pengurusan yang efektif di institusi pendidikan tinggi.

TEMA : “Keterlihatan dan Keterampilan Bakat Pemangkin Kecemerlangan Pentadbir“

Bersempena Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia yang diraikan setiap tahun pada 20 Ogos, Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI) Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam Malaysia (JKPUA) akan menganjurkan Konvensyen Pentadbir Universiti Awam dan Majlis Anugerah Gemilang MASTI kali ke-5 2024.

Sehubungan dengan itu konvensyen tersebut diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 20 hingga 22 Ogos 2024 (Selasa hingga Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Double Tree Resort, Pulau Pinang

Untuk makluman Tuan penyertaan konvensyen ini terbuka kepada semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh Malaysia.

Makluman lanjut mengenai seminar ini boleh dirujuk pada lampiran yang disediakan dan bagi sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Encik Mohd Razif Jamaludin – 012 6700435 (Pendaftaran)/Puan Siti Dzahira Ghazali – 012 5619082 (Pembayaran) atau email kepada kpua24@unimap.edu.my
https://haripentadbir2024.masti.my/konvensyen/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • JUBINA BINTI RAMLI

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 78041Total visitors:
  • 0Visitors today:
  • 289Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: