Shah Alam, 23 Ogos – Persatuan Pentadbir Universiti Teknologi MARA (PPUiTM) telah turut serta dalam acara sambutan Fiesta Raya Melayu Nusantara pada 16 Syawal 1434H. (23 Ogos 2013)
Acara ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor, YBhg Tan Sri Dato ‘Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Sebanyak 39 gerai telah turut serta meyediakan pelbagai makanan yang terdapat di Malaysia, seperti, nasi Ambang, nasi dagang, mee Jawa, gulai Kawah, pasembor dan rusa panggang.
Kesungguhan kakitangan UiTM menghias gerai mereka dengan kreativiti mereka sendiri dan menghiburkan tetamu yang melawat gerai-gerai mereka, menunjukkan semangat berpasukan dan semangat yang menghidupkan suasana Melayu Nusantara.
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur telah keluar sebagai pemenang gerai terbaik untuk tahun ini. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Dato ‘Dr Abdullah Mohamad Said.
more foto http://ppuitmsa.blogspot.com/2013/08/foto-ppuitm-di-fiesta-raya-uitm-2013.html
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/