20100318 SHAH ALAM: SebuahSekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dltubuhkan di universiti itu bagi mendidik pelajar pada peringkat pengajian tinggi agar bersama memerangi gejala rasuah.  Sekretariat itu ditubuhkan hasil usaha sarna tiga pihak membabitkan Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Persatuan Pentadblr UiTM dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Pendaftar UiTM, Dr Zahrah Mokhtar, berkata program tiga penjuru itu adalah kerjasama balk bagi meningkatkan integriti dan menghindarkan gejala rasuah membabitkan masyarakat. Katanya, nilai integriti harus dipupuk dikalangan pelajar kerana ia adalah maruah yang tidak boleh dijual bell,diwarisi dan ditukar dengan wang ringgit. Aspek integritl perlu dipamerkan warga UiTM dan pelajar perlu memperagakan nilai integriti seperti bersih, cekap dan jujur dalam dlri masing·masing.

“Penularan penyakit rasuah dalam masyarakatakan memberi

kesan negatif kepada negara. Rasuah adaIah manfaat yang bercanggah daripada sisi undang-undang,” katanya ketika merasmikan penubuhan sekretariat itu dan pameran mengenainya di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM, disini, kelmarin.

Hadir sarna, Pengarah, SPRM Selangor, Datuk Ja’afar Mahad, Ketua Pustakawan PTAR, Haron Wee Ah Boo dan kakitangan serta pelajar UiTM. Sekretariat ltu adalah yang kedua ditubuhkan

selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UlAM). Kajian yang pernah dihasilkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini menunjukkan 35 peratus pelajar institut pengajian tinggi akan menerima rasuah jika berpeluang.

Ja’afar pula berkata, program itu diharap dapat mendedahkan pelajar mengenai ketelusan dan integriti apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak. “Kami perlu mengubah pemiklran masyarakat dan selepas ltu kita akan berjaya dalam apa jua bidang yangdiceburi. Penubuhan

sekrelariat SPRM ini dilihat dapatmemberi pendidikan terhadap pencegahan rasuah,” katanya. oleh Nor Hatina Shuib Berita Harian

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • ISMI RIDHWAN BIN ISMAIL
  • MOHD HAFIZ BIN MOHD HASAN
  • ZAIDAH BT MUHAMMAD

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69512Total visitors:
  • 45Visitors today:
  • 428Visitors last week:
  • 1Visitors currently online: