Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa sebuah program berhenti merokok akan diadakan di UiTM, kampus Shah Alam. (khas untuk staf sahaja) Program yang telah mendapat persetujuan vc. ini adalah bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan staf UiTM, mengurangkan bilangan perokok di kampus dan dalam usaha untuk memahami tabiat perokok (sebagai komponen penyelidikan). Kami menawarkan, yang berikut dengan PERCUMA (tanpa apa-apa bayaran):
a) Kaunseling individu/berkumpulan kecil oleh seorang pegawai perubatan, dalam sekurang-kurangnya 2-3 pertemuan.
b) Ubat gantian Nikotin berharga antara RM200-400 /seorang
-Klinik / Program ini akan diadakan di Pusat Kesihatan UiTM, Shah Alam. Bilik dan masa akan diberitahu kelak.
-Sila reply e-mail ini dengan memberikan (nama, jabatan dan contact number) atau hubungi Dr Siti Munira Yasin , 019-2515325/ drsitimy@gmail.com, untuk sebarang pertanyaan/ sekiranya anda berminat untuk cuba berhenti merokok.
-Tarikh tutup penyertaan baru pada pertengahan bulan Mac 2010.
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/