Seminar Rahsia Pekerja Cemerlang Melalui Kamahiran Neuro-linguistic Programming (NLP)

Memandangkan ilmu ini penting kepada para pentadbir sekalian, maka Persatuan Pentadbir UiTM  akan menganjurkan seminar tersebut di atas seperti ketetapan  berikut :

Sasaran Peserta : Semua  Staf UiTM,  (keutamaan kepada Ahli Persatuan Pentadbir UiTM)

Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam

Tarikh : 29 Februari hingga 1 Mac 2012 (Rabu-Khamis)

Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang        

Penceramah : Smart Excel Consultant

Yuran : PERCUMA

Bilangan peserta terhad 120 orang yang terawal sahaja. Mohon berikan maklumbalas kehadiran kepada

Puan Hamidah Hj Ninggal (03-55442388) atau Ustazah Khamariah (03-32584102)

Apa dia Neuro-Linguistic Programming (NLP) ?

1) Pengenalan
NLP adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.

Hari ini teknologi yang amat terkini ini telah membantu jutaan manusia diseluruh dunia dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan termasuklah kerjaya, hubungan komunikasi, keluarga, kerjaya, pendidikan, pemasaran dan jualan, kaunseling dan terapi, latihan dan pembangunan insan.

2) Kelebihan NLP dan manfaat menghadiri seminar

  • Peserta Akan Merasa Gembira Dan Seronok Setiap Hari Dalam Pelaksanaan Tugas ;
  • Menjalankan Tugas Dengan Lebih Bersemangat Dan Kurang Memenatkan ;
  • Dapat Memberikan Suntikan Perubahan Diri Positif Yang Berkekalan Berbanding Kaedah Biasa Yang Lain ; dan
  • Peserta Akan Jauh Lebih Faham Dan Menghayati  Tugas Dan Tanggungjawab Selaku Pemegang Amanah Dalam Mendidik Anak Anak.

Tentatif Seminar NLP
Hari Pertama ( 29 Februari 2012 – Rabu )

8.00 pg Pendaftaran peserta/ Sarapan pagi
8.45 pg Ucapan Aluan oleh Puan Hajah Nor Hashimah Haji Abdul Rahmat Presiden Persatuan Pentadbir UiTM
9.00 pg Sesi 1 : NLP dan aplikasinya dalam bidang pekerjaan
Corak Transformasi Diri 1 : State Management & 3 A
10.30pg Sesi 2 : Ketajaman Deria & Rahsia VAK di tempat kerja
Corak Transformasi Diri 2 : Circle Of Excellence (COE)
12.00tgh Sesi 3 : Mengendali keadaan emosi dan persepsi diri
Corak Transformasi Diri 3 : Anchoring
1.00tgh Makan tengahari / solat Zohor / Rehat
2.30ptg Sesi 4 : Rahsia ”Rapport” & ”Eye Movement” Tika Berkomunikasi (Teori & praktikal)
Corak Transformasi Diri 4 : SWISH pattern Kerja Bengkel 1 (Nilai & Identiti Diri)
4.30ptg Minum petang / Seminar ditangguhkan.

Hari kedua (1 Mac 2012 – Khamis)

8.00 pg Pendaftaran /sarapan pagi
9.00 pg Sesi 5 : Rahsia “Meta Model” dalam komunikasi “Mempengaruhi”(Teori & Praktikal)
Corak “State Management & Inkantasi Pengukuh Diri” Corak Transformasi Diri 5 : Menjana Perilaku Baru
10.30 pg Sesi 6 : Rahsia Menggunakan Personal Trance Words (PTW) dalam kepelbagaian situasi (Teori & praktikal)
11.30pg Model Komunikasi NLP (Teori & praktikal)
1.00tgh Makan tengahari
2.30ptg Sesi 7 : Rahsia Teknik NLP Subjektif Communication (Teori & praktikal) Q & A
4.30ptg Majlis penutup / minum petang & bersurai

Sukacita dimaklumkan, kursus ini akan dilog dalam jam latihan staf. Sebarang penyertaan perlu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan masing – masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • JULIANA BINTI YUSOFF

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 81615Total visitors:
  • 2Visitors today:
  • 314Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: