Tentatif Aturcara Persatuan Pentadbir UiTM ( PPUiTM ) Go Adventure dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di Sekolah Menegah Kebangsaan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah (SMKJP SHAS), Kuala Tahan , Jerantut, Pahang

Program CSR PPUiTM – MDAB UiTM
04 Julai 2012 (Rabu)

1200 tengahari : Ketibaan ahli-ahli PPUiTM

1215 petang : Kunjungan hormat ke Pengetua dan Pengurusan SMKJP SHAS

1220 petang : Ucapan Aluan Ketua Program MDAB

1230 petang : Ucapan Aluan Pengetua SMKJP SHAS

1240 petang : Taklimat Khas MDAB

0230 petang : Penyerahan Cenderamata kepada Pengetua SMKJP SHAS

0300 petang : Kudapan dan Majlis bersurai

APA ITU MDAB
Penubuhan program MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM2,000 sebulan*.

KEMASUKAN KE PROGRAM PRA-DIPLOMA UITM MELALUI PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (MDAB)
Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti pengajian di peringkat Pra-Diploma (Pra Sains ataupun Pra Perdagangan) di bawah Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun bagi kemasukan Mei dan November 2012.

BORANG PERMOHONAN BOLEH DOWNLOAD DI SINI : BORANG MDAB
PERANAN PROGRAM MDAB
Antara tujuan utama program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah untuk mengubah landskap masa depan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang miskin dengan memberikan :

  • Bantuan Kewangan
  • Bantuan pembangunan diri dan motivasi
  • Lain-lain bantuan atau sokongan sama seperti pelajar UiTM yang lain

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM MDAB
1. Bumiputera sahaja
2. Pelajar dari golongan kurang berkemampuan atau miskin ;

  • Tidak dapat meneruskan pengajian disebabkan kemiskinan
  • Pelajar kategori kurang kemampuan dan tidak dapat meneruskan pengajian ke diploma (SPM kurang daripada 5 Kepujian)
  • Pendapatan kasar keluarga kurang dari RM2000 sebulan

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
1. Bumiputera warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
2. Lulus SPM (dalam tempoh 5 tahun terkini) dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
3. Syarat bagi Program Pra Diploma Perdagangan

  • Lulus Matematik
  • Lulus Bahasa Inggeris

4. Syarat bagi Program Pra Diploma Sains

  • Kepujian Matematik
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Dan lulus satu dari subjek Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan
  • Syarat Tambahan : sihat tubuh badan, tidak menghadapi penyakit mental dan berupaya mengikuti program yang dirangka oleh UiTM

ANTARA KEISTIMEWAAN YANG DIBERIKAN KEPADA PELAJAR PROGRAM MDAB :
1. Kolej disediakan
2. Pengecualian yuran pengajian

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pelajar yang berjaya pada program Pra Diploma akan dibenarkan menyambung pengajian ke peringkat Diploma UiTM

RisalahJelajah Destini Anak Bangsa

Berita MDAB

Naib Canselor Turun Padang Dalam Siri Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia
http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/661-naib-canselor-turun-padang-dalam-siri-jelajah-destini-anak-bangsa-1malaysia

Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia (JDAB1M) fasa kedua yang bermula 9 Mei lalu telah pun berakhir pada 26 Mei, dan ia dijayakan 70 sukarelawan termasuk pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), alumni dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB).

Naib Canselor UiTM, YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah turut serta menjayakan program ini di beberapa lokasi seperti Jeli, Tanah Merah, Alor Setar, Kuala Lumpur, Kepala Batas dan Seremban daripada 88 lokasi terpilih.

Kesudian Dato’ Naib Canselor meluangkan masa menyertai program tersebut sebagai tanda sokongan kepada para sukarelawan dan mengalu-alukan penyertaan bakal-bakal pelajar di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Beliau berkata langkah UiTM ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu memperluaskan peluang pendidikan kepada semua pelajar berkelayakan dan berpotensi untuk berjaya agar mereka tidak ketinggalan.

“MDAB bertujuan membantu Bumiputera dengan pendapatan ibu bapa kurang RM2,000 sebulan, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Presiden GDAB, Mohd Faizal Daud.

Usaha ini adalah sebahagian daripada program khas GDAB dengan kerjasama UiTM yang mana pelajar yang tidak berjaya ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikenal pasti untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran, dan kumpulan sasaran adalah di kalangan mereka yang kurang berkemampuan, serta penduduk luar bandar.

Para sukarelawan turut berhenti di kawasan tumpuan ramai termasuk pasar dan stesen bas untuk mencari pelajar yang layak. JDAB1M telah singgah di Negeri Sembilan (9 Mei), Johor (10 Mei), Kuala Lumpur (11 Mei), Selangor (12&13 Mei), Perak (13-16 Mei), Pulau Pinang (17 Mei), Perlis (18 Mei), Kedah (18&19 Mei), Kelantan (21 Mei), Terengganu (22 Mei), Pahang (23 Mei), Melaka (24 Mei) dan Sabah (26 Mei).Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/649-jelajah-destini-anak-bangsa-1malaysia
Satu siri jelajah yang diberi nama “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” ke seluruh Malaysia sepanjang Mei 2012 telah dianjurkan oleh Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dinaungi oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, program ini diadakan dengan tujuan utama adalah untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Bertempat di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, acara pelepasan konvoi kenderaan atau flag off’ “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” pada kali ini diadakan dengan penyertaan seramai lebih 70 orang sukarelawan, terdiri daripada pelajar dan alumni UiTM sendiri. Acara pelepasan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi Abdul Malek.

Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) cetusan ilham Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar ini pada dasarnya menumpukan kepada usaha jitu UiTM bagi mengubah nasib anak Melayu dan Bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dato’ Dr Abdullah Mohd Said, perkara yang tersirat di sebalik program ini yang perlu dilihat ialah suntikan semangat dan dorongan yang diberi kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah tentang peri pentingnya pendidikan tinggi untuk masa depan mereka.

Sebanyak 88 lokasi terpilih seluruh Malaysia akan dijelajah oleh pasukan GDAB. Selain dibiayai sepenuhnya tabung MDAB, program siri jelajah kali ini turut mendapat tajaan daripada pihak Affin Bank, Jakel dan KUB Malaysia Berhad.

UiTM optimis lahir graduan sulung MDAB
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UiTMoptimislahirgraduansulungMDAB/Article
SHAH ALAM: Menjelang tahun depan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) optimis untuk melahirkan graduan sulung di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang disediakan khusus kepada golongan kurang berkemampuan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, graduan itu adalah 82 peratus daripada 9,000 pengambilan kumpulan pertama program MDAB sejak ia diperkenalkan pada 2010.

Dr Abdullah berkata, semua mereka adalah graduan kumpulan pertama MDAB berkelulusan diploma pelbagai program yang ditawarkan antaranya pengurusan teknologi pejabat, perbankan dan perancangan bandar.
“Pada 2013, kami akan menyaksikan hasil usaha UiTM melaksanakan MDAB dengan melahirkan graduan pertama lulusan diploma di bawah program ini.

“Program yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diteruskan demi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan pelepasan konvoi Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia fasa kedua di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam, di sini, semalam.

Sementara itu, sempena program Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia, katanya, sebanyak 88 lokasi di seluruh negara akan dikunjungi badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB).

Dr Abdullah berkata, seramai 70 peserta konvoi yang terdiri daripada alumni UiTM, sukarelawan dan mahasiswa UiTM ke lokasi tumpuan orang ramai di setiap lokasi.

“Pada kali ini, kami akan ke kawasan tumpuan orang ramai seperti stesen bas, pasar dan kawasan yang sudah dipilih pemimpin setempat.

“Siri jelajah sepanjang Mei ini bertujuan menyebar maklumat program disamping mencari calon pelajar yang sesuai untuk mengikuti program MDAB.

“Bagaimanapun, kepada anak muda yang berminat untuk menjadi mahasiswa di bawah program MDAB ini, mereka boleh berjumpa kami di setiap lokasi terpilih,” katanya.

Selain itu, Dr Abdullah berkata, kepada pemohon terdahulu yang gagal, mereka masih boleh mencuba dan membuat permohonan dengan membawa salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2009 dan ke atas serta pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.

Katanya, UiTM menyediakan 5,000 tempat kosong untuk satu semester dan 10,000 tempat kosong setahun di bawah program MDAB di seluruh negara.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/10

Peluang pelajar miskin berjaya

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peluangpelajarmiskinberjaya/Article/index_html
SHAH ALAM: Lebih 7,000 pelajar di bawah program perintis Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dilaksanakan pada 2010, akan menamatkan pengajian pada peringkat diploma tahun depan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, berkata pelajar terbabit dipilih daripada keluarga miskin di seluruh negara untuk mengikuti pengajian dengan dibiayai sepenuhnya oleh dana MDAB yang dikendalikan UiTM.

Katanya, mereka akan menamatkan pengajian pada peringkat diploma dalam beberapa bidang antaranya Pengajian Perniagaan, Pengajian Perbankan dan Pengajian Pengurusan Pejabat.

“Pelajar terbabit membuktikan mereka mampu menguasai bidang pengajian yang diambil serta menggunakan peluang menyambung pengajian yang ditawarkan melalui program MDAB dengan sebaiknya,” kata beliau kepada pemberita setelah melepaskan peserta Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia (JDAB1M) fasa kedua di sini, semalam.
MDAB adalah satu daripada program di bawah tanggungjawab sosial (CSR) UiTM bertujuan membantu mereka yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UiTM.

Mengenai siri jelajah itu yang bermula semalam ke 88 lokasi di seluruh negara sehingga 26 Mei ini, ia dijayakan 70 sukarelawan termasuk pelajar UiTM, alumni dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB).

Katanya, mereka akan membuka kaunter di tempat tumpuan ramai termasuk perhentian bas dan pasar bagi menyebar maklumat mengenai MDAB.

“Selain mengenal pasti golongan sasaran, program ini memfokuskan kepada elemen memberi kesedaran mengenai kepentingan mendapatkan pendidikan lebih tinggi untuk memperbaiki taraf kehidupan.

“Kami menyasarkan kemasukan 5,000 pelajar bagi setiap semester. Mereka yang berminat boleh datang di kaunter dengan membawa salinan kad pengenalan dan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2009 dan ke atas.

“Mereka mesti terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan,” katanya sambil menambah program itu yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan menterjemahkan aspirasi beliau dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan.
Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohammad Khairi A Malik, wakil penaja program JDAB1M iaitu dari Affin Bank, syarikat tekstil Jakel Silk House dan KUB Berhad.

JDAB1M singgah di Negeri Sembilan semalam, diikuti Johor hari ini, Kuala Lumpur (11 Mei), Selangor (12 dan 13 Mei), Perak (13 hingga 16 Mei), Pulau Pinang (17 Mei), Perlis (18 Mei), Kedah (18 dan 19 Mei), Kelantan (21 Mei), Terengganu (22 Mei), Pahang (23 Mei), Melaka (24 Mei) dan terakhir di Sabah pada 26 Mei.

http://jelajah-anak-bangsa.blogspot.com/

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • FADZILAH BINTI JAFFAR
  • MOHD AIZUDDIN BIN MASURI

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69418Total visitors:
  • 7Visitors today:
  • 403Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: