Tanda Penghargaan Universiti Kepada Penjawat Khidmat Setia

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, 25 September lalu bagi meraikan pesara, bakal pesara dan warga khidmat setia 25 dan 30 tahun daripada UiTM seluruh Malaysia.

Majlis tahunan ini dirangka sebagai tanda penghargaan universiti kepada semua penjawat yang diraikan terhadap jasa, peranan, pengorbanan serta kesetiaan mereka dalam membangunkan dan mengangkat martabat UiTM. Sepanjang perkhidmatan, mereka juga bergerak sebagai tulang belakang dalam melaksanakan kesemua perancangan universiti dan menjadi pemangkin dalam pembangunan insan di universiti ini.

Pada tahun ini, pihak universiti telah meraikan seramai 133 pesara yang terdiri daripada pesara wajib, pesara pilihan dan pesara di atas sebab-sebab kesihatan, 361 warga yang telah berkhidmat selama 25 tahun dan 81 warga yang telah berkhidmat selama 30 tahun. Setiap penerima anugerah menerima sijil penghargaan dan seutas jam tangan.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, YBhg Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin dan Naib Canselor, YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

More Foto 
http://ppuitmsa.blogspot.com/2012/10/majlis-jasamu-dikenang-uitm-2012.html

sumber 
http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/739-majlis-jasamu-dikenang

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • AZURA BINTI MAZLAN
  • ROSNANI BINTI ABDUL RAZAK

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69144Total visitors:
  • 21Visitors today:
  • 381Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: