KOTA KINABALU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awara (CUEPACS) menggesa kerajaan menggantikan pemberian gaji kakitangan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Skim Saraan Universiti (SSU).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu memandangkan skim sedia ada sudah tidak relevan dengan pelbagai cabaran semasa yang dihadapi kakitangan IPTA.

“Kita telah bincang pelbagai perkara sebelum memorandum itu diserahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor pada 23 Oktober lalu untuk diperhalusi dan kemudiannya dibawa Kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk tindakan susulan. “Sekiranya semua berjalan lancar, kita menyasarkan ia dilaksanakan pada tahun 2013,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah di sini semalam. Menurut Omar yang juga Pengerusi GAKUM, skim itu memberi manfaat kepada semua warga univesiti termasuklah 3,000 pensyarah, 55,000 pelaksana dan 1,200 pentadbir.

Ujarnya, pelaksanaan skim itu juga bakal menambah baik sistem sedia ada terutamanya bagi proses kenaikan pangkat, latihan serta menetapkan gred gaji yang bersesuaian.

“Melalui pelaksanaannya nanti, kita akan menetapkan kaedah kenaikan gaji berdasarkan tempoh atau masa mereka bekerja di IPTA selain melihat prestasi semasa mereka. Ia juga menghapuskan kaedah temu duga,” jelasnya.
Mengulas isu melonjakkan peranan IPTA yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan, Omar memberitahu, pihaknya mencadangkan satu insentif khas diberikan kepada kakitangan universiti berkenaan.

“Buat masa kini, kita sudah ada enam buah universiti penyelidikan dan kita mahu sedikit perbezaan memandangkan bila dinaik taraf, beban tugas bertambah tetapi kurang penambahan staf,” katanya.
Menurutnya, insentif khas yang dicadangkan adalah sebanyak RM1,200 bagi peringkat akademik, pentadbiran (RM800) dan pelaksana (RM500).

Sumber: KOSMO, M/S: 18
Tarikh: Selasa, 13 November 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

No records for these days

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 67945Total visitors:
  • 37Visitors today:
  • 427Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: