Puan Hajah Nor Hashimah Hj Rahmat (Presiden PPUiTM) mewakili Kesatuan memberikan Petisyen Bantahan Penggiliran Tiga Jawatan Utama Universiti kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Ali Hamsa semasa masjlis Perasmian Persidangan Badan Berkanun Malaysia yang pertama kalinya diadakan pada 6 dan 7 Mac 2013 yang lalu. Ia merupakan kesinambungan bantahan dari tahun lalu.

http://cuepacs.blogspot.com/2012/04/tiga-kesatuan-bantah-cadangan-jawatan.html

TIGA KESATUAN BANTAH CADANGAN JAWATAN UTAMA PENTADBIRAN IPTA DIBUKA KEPADA ORANG LUAR
Bernama
5/4/2012
SERDANG, 4 April (Bernama) — Tiga kesatuan membantah cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuka jawatan utama pentadbiran institusi pengajian tinggi awam iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan kepada pihak luar.Kesatuan itu diwakili Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (MASTI), Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA (GAKUM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mengadakan persidangan bersama selama lebih dua jam di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini bagi membincangkan isu berkenaan.
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman, yang juga Pengerusi GAKUM berkata cadangan untuk menempatkan orang luar memegang jawatan utama berkenaan adalah antara yang terkandung dalam rang pindaan Akta Univesiti Kolej Universiti (AUKU) 1974.
Omar berkata tiada perbincangan terperinci dilakukan bersama pihak kesatuan dalam pelaksanaan hal itu dan yang demikian, pihaknya berharap dapat menemui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Satu memorandum berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika Kementerian Pengajian Tinggi bertegas untuk membuka jawatan itu kepada pihak luar.

— BERNAMA

Juga berita di TheSTAR

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/4/4/mstar_berita/20120404192405&sec=mstar_berita

http://ppuitmsa.blogspot.com/2013/04/puan-hajah-nor-hashimah-hj-rahmat.html

http://ppuitm.tumblr.com/post/47730986147/persidangan-kebangsaan-badan-berkanun-petisyen

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • HASMIZA BINTI TEH
  • NAJMIN BINTI ABU BAKAR

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 82088Total visitors:
  • 6Visitors today:
  • 342Visitors last week:
  • 2Visitors currently online: