PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) — Portal 1Malaysia Civil Service Retirement Support (1MCSRS) akan dilancarkan Jun ini bagi memberi lima kemudahan maklumat kepada pesara kerajaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Lima kemudahan itu ialah kelangsungan kesihatan, peluang pekerjaan selepas bersara, pengurusan kewangan, pembangunan keusahawanan serta kesejahteraan pesara, katanya.

“Sebagai contoh pesara boleh melihat jika terdapat jawatan kosong dalam portal tersebut untuk dimohon serta cara-cara membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam sidang media selepas majlis prapelancaran portal 1MCSRS  http://1mcsrs.jpa.gov.my/ di Hospital Putrajaya di sini Selasa.

Hasil kajian JPA terhadap kira-kira 3,000 responden mengenai kecenderungan perspektif golongan pesara menunjukkan antara kelima-lima kemudahan itu, 80.76 peratus pesara menitikberatkan isu kesihatan diikuti isu kesejahteraan dan bantuan pengurusan kewangan, katanya.

Mohamad Zabidi berkata inisiatif itu adalah di bawah program Lautan Biru Nasional (NBOS) dengan penglibatan pelbagai kementerian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Mohamad Zabidi berkata langkah pertama yang telah dilaksanakan berkaitan kelangsungan kesihatan ialah laluan pantas di hospital dan klinik-klinik kerajaan, perkhidmatan saringan kesihatan di klinik-klinik kerajaan terpilih serta pemantauan kesihatan melalui lawatan ke rumah pesakit.

Mohamad Zabidi dalam ucapannya sebelum itu berkata pada hari ini, jumlah pesara penjawat awam ialah 610,000 orang termasuk 55,000 pesara tentera yang merupakan jumlah yang besar dan masih berupaya menyumbang kepada negara.

“Namun, ada dalam kalangan golongan pesara yang merasakan diri mereka menjadi golongan kelas kedua dan terpinggir, justeru itu kita percaya golongan ini memerlukan perhatian, penghargaan dan kebajikan berterusan,” katanya sambil menambah terdapat penambahan 18,000 pesara kerajaan setiap tahun.

Menurut kajian yang dilakukan Kementerian Kesihatan sehingga akhir tahun lepas, sebanyak 65.7 peratus (kira-kira 1.6 juta) warga emas termasuk golongan pesara telah didaftarkan di klinik-klinik kesihatan kerajaan dan ini melebihi sasaran ditetapkan iaitu 60 peratus, katanya.

Sehubungan itu, katanya, sasaran tersebut dinaikkan kepada 70 peratus untuk tahun ini bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Garis Panduan Melaksanakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas iaitu sebanyak 75 peratus pada 2015.

Bernama
1/4/2014

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • MOHAMAD RAHIMI BIN SULAIMAN
  • MUHAMAD AZLAN BIN MD ARIS

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69123Total visitors:
  • 39Visitors today:
  • 393Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: