PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menegaskan Ahad bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kerajaan dalam agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Maka, usaha perlu dipergiat untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.

“Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocorkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Ironman 70.3 Putrajaya.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas.

Baru-baru ini, Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempersoalkan lawatan lima hari Muhyiddin ke Dubai yang didakwa mereka tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ali berkata beliau belum lagi menerima laporan rasmi berhubung dakwaan kebocoran dokumen itu.

Bernama
12/4/2014

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • MUHAMMAD SYUHAIRI BIN ZAKARIA

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 67999Total visitors:
  • 49Visitors today:
  • 409Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: