Berita Harian
6/6/2014KUALA LUMPUR: Cuepacs yang bimbang dengan demam Piala Dunia yang melanda negara empat tahun sekali, hari ini menasihatkan penjawat awam supaya memastikan mereka tetap segar dan cergas bekerja, walaupun akan menonton siaran langsung perlawanan bola sepak itu waktu dinihari.

Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata penjawat awam yang mahu menonton perlawanan siaran langsung yang akan disiarkan selepas pukul 3 pagi, seharusnya memilih tidur malam lebih awal.

Piala Dunia Fifa 2014 akan berlangsung di Brazil dengan perlawanan pertama pada 12 Jun antara Brazil dan Croatia pada jam 5 petang (4 pagi/13 Jun di Malaysia) dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 13 Julai pukul 4 petang (3 pagi/14 Julai di Malaysia).

Kebanyakan perlawanan akan bermula ada 3 pagi atau 6 pagi waktu Malaysia.

Azih menasihatkan penjawat awam supaya tidur awal pada sebelah malam bagi memastikan tempoh tidur mereka mencukupi untuk sesuatu hari itu.

Beliau berkata umat Islam akan mula berpuasa bulan Ramadan pada akhir Jun ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia itu.

“Lazimnya kita mudah lesu semasa bulan puasa, ditambah dengan perlu bangun awal untuk bersahur, inikan pula akan berjaga pada waktu malam, ini akan membuatkan seseorang itu mudah keletihan, ” katanya kepada Bernama.
Azih berkata adalah penting bagi penjawat awam mengelak daripada menerima rungutan pelanggan.

“Tugas kita sebagai penjawat awam ialah memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan produktiviti kita pada tahap maksimum,” katanya.

Azih sendiri pula bagaimana? Adakah beliau akan menonton perlawanan Piala Dunia yang diadakan?

Sudah tentu, sebab beliau penyokong pasukan Brazil dan tidak sabar mahu menonton aksi bintang Samba pemain kegemarannya, Neymar. – BERNAMA

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • HASMIZA BINTI TEH
  • NAJMIN BINTI ABU BAKAR

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 82091Total visitors:
  • 9Visitors today:
  • 345Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: