Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera
YBhg Tan Sri/Dato’/Datin/Prof/ Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendaftar akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pendaftar 2014 (HBP BPD 2014) seperti butiran berikut:
Tarikh : 25 – 26 Jun 2014
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Foyer Menara SAAS, UiTM Shah Alam
Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM Shah Alam dijemput hadir ke HBP BPD 2014 bagi mendapatkan maklumat atau menyelesaikan masalah mengenai perkhidmatan tuan/puan di UiTM di bawah fungsi/peranan Pejabat Pendaftar seperti Urusan Biasiswa, Urusan Klinik Panel, Urusan Pinjaman Perumahan, Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan lain-lain.
HBP BPD 2014 turut disertai oleh
i) Pejabat Bendahari,
ii) Perpustakaan Tun Abdul Razak,
iii) Pusat Kesihatan,
iv) Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf, UiTM, Shah Alam
v) Gerai Jualan
Semoga kehadiran tuan/puan memeriahkan HBP BPD 2014 dan memberi manfaat kepada warga UiTM.
Sekian, harap maklum dan Terima kasih
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/