Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

Berita harian Sabtu, 20 Disember 2014 @ 4:29 PM

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan konsep bank tanah khusus untuk pembinaan rumah mampu milik kepada penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Azih Muda. “CUEPACS akan usulkan kepada kerajaan supaya rizabkan 1.5 juta lot tanah sebagai bank tanah khusus kepada penjawat awam.

Ada penjawat awam yang berkhidmat sehingga 40 tahun (sebelum bersara) dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri… tetapi apa yang mereka perolehi? Justeru itu CUEPACS berpendapat permintaan ini boleh diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama anggota CUEPACS Sarawak, hari ini. Dalam ucapan yang sama Azih turut menyarankan supaya kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,200 bagi membolehkan penjawat awam di peringkat rendah menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I dan II ini masing-masing RM805 dan RM820 iaitu di bawah paras kemiskinan nasional yang ditetapkan pada RM880. “Dalam tempoh lima tahun lagi, iaitu pada 2020 kerajaan berhasrat mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, apakah pendapatan pergajian penjawat awam ketika itu sesuai status negara maju?” soalnya. – BERNAMA

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • MOHD NAJIB BIN MOHD SARIF

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69541Total visitors:
  • 15Visitors today:
  • 418Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: