Bernama 12/1/2015

Tan Sri Dr Ali Hamsa PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) — Penjawat awam bertugas dalam operasi banjir perlu digilirkan untuk mengelakkan tekanan di kalangan petugas di kawasan terjejas banjir, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata ketua jabatan seperti daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia perlu melakukan penggiliran petugas ke kawasan terjejas banjir.

“Ramai antara mereka bertungkus lumus sehingga hari ini menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat sejak banjir bermula pada Disember,” katanya, sambil menambah petugas terlibat perlu diberi ruang rehat secukupnya dan bertemu keluarga. “Jadi saya ingin meminta ketua-ketua jabatan sekiranya belum melakukan rotation (penggiliran), adakanlah ‘job rotation’ bagi mengelakkan keletihan dan stres di kalangan petugas,” kata Ali. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan misi kedua sukarelawan pasca banjir Jabatan Perdana Menteri (JPM) seramai 450 orang ke Perak dan Pahang di dataran Masjid Putra, Putrajaya, Isnin. Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Ali berkata penggiliran tugas itu juga harus dilakukan ketua-ketua jabatan terhadap petugas daripada beberapa agensi peringkat persekutuan, negeri dan daerah yang juga terlibat dalam misi bencana itu.

Beliau berkata langkah penggantian itu boleh dilaksanakan dengan mengambil penjawat awam daripada negeri-negeri lain bagi ditempatkan buat sementara waktu di kawasan yang dilanda banjir. Dalam ucapan ringkasnya kepada para sukarelawan sebelum itu, Ali mahu mereka membuktikan slogan ‘merakyatkan penjawat awam’ bukan sekadar ungkapan dengan melaksanakan tugas sepenuh hati ketika membantu mangsa. “Letakkanlah diri anda sendiri dalam keadaan mangsa, rasai perasaan mereka dan lakukanlah kerja sukarelawan ini sepenuh hati,” katanya. Misi sehingga Jumaat itu adalah kali kedua dihantar JPM, selepas misi pertama seramai 5,000 orang dilepaskan timbalan perdana menteri Isnin lepas. –BERNAMA

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • AZURA BINTI MAZLAN
  • ROSNANI BINTI ABDUL RAZAK

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69126Total visitors:
  • 3Visitors today:
  • 363Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: