KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam. 

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kenaikan itu mestilah lebih baik memandangkan pekerja dalam sektor awam di negara ini berhadapan dengan cabaran kos sara hidup yang masih jauh jurangnya dengan kadar upah yang diterima.  

“Penjawat awam kini tertanya-tanya bila lagi kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji, bulan puasa ini ada atau tidak ada bonus. 

“Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan umumkan kenaikan gaji, elaun, elaun wilayah serta penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Hari Pekerja 2015 dan Malam Mesra Hari Gawai 2015 di sini, malam tadi.  

Beliau berkata walaupun keadaan kewangan negara kurang stabil ketika ini tetapi ia bukan alasan untuk kerajaan tidak mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. 

Azih berkata kepimpinan Cuepacs akan terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam di negara ini.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/gesa-kerajaan-segera-umum-kenaikan-gaji-bonus-1.400295


CUEPACS Gesa Kerajaan Laksana Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam
KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa supaya kerajaan mengumumkan pelaksanaan dan penambahbaikkan 252 skim perkhidmatan awam menjelang perhimpunan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam esok.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata CUEPACS masih menanti pelaksanaan skim perkhidmatan awam seperti yang dibentangkan dalam pembentangan belanjawan pada Oktober tahun lepas.
“Sebagai penjawat awam, sudah tentulah mereka menaruh harapan kepada kerajaan sebagai majikan dan sehingga kini, masih belum dapat gambaran jelas tarikh sebenar pelaksanaan skim ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Minggu Tanpa Tembakau peringkat negeri di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini Selasa.

Minggu Tanpa Tembakau peringkat negeri itu dilancarkan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dolah.
Menurut Azih, CUEPACS juga berharap pelaksanaan skim perkhidmatan itu dapat dikuatkuasakan bermula Januari tahun ini.
Pada pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan kerajaan akan menambah baik 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim kenaikan gaji, dan 81 daripadanya sudah dilaksanakan secara berperingkat.

Azih juga berkata pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April lepas turut memberi kesan kepada penjawat awam apabila ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
Oleh itu, beliau berharap elaun rumah, elaun perumahan wilayah bagi Sabah dan Sawarak dan elaun sara hidup diselaraskan di seluruh negara.

“Kami minta bantuan kerajaan untuk lihat semula kadar ini agar lebih munasabah, lebih mampu supaya penjawat awam dapat memberi fokus kepada produktiviti masing-masing,” katanya.

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • AZURA BINTI MAZLAN
  • ROSNANI BINTI ABDUL RAZAK

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69132Total visitors:
  • 9Visitors today:
  • 369Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: