Pada 29 Oktober 2015 yang lalu  Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama  Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM)Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan  kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia telah menganjurkan Program Wacana Wasatiyyah  & Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1436H/2015 Peringkat UiTM. 
Objektif utama program ini adalah bagi menerapkan konsep wasatiyyah dikalangan warga UiTM ke arah membentuk sebuah masyarakat yang harmoni di samping memberi kefahaman peranan dalam merealisasikan pendekatan tersebut. Program ini juga bertujuan memupuk warga UiTM agar menyelami, memahami dan menghayati nilai-nilai dan etika yang unggul yang berteraskan konsep wasatiyyah iaitu kesederhanaan dan keseimbangan dalam aspek kehidupan.
Sempena sambutan Maal Hijrah peringkat UiTM itu juga satu  forum bertajuk Wasatiyyah Wadah Transformasi Ummah telah diadakan dengan barisan panel terdiri dari Imam Muda Ahmad Hazran danNasharudin Mat IsaKetua Pegawai Eksekutif Perge­rakan Kesederhanaan Global (GMMF)  manakala  Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak)UiTM, Profesor Madya Dr. Amer Shakir Zainol sebagai moderator.  Turut hadir Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • HASMIZA BINTI TEH
  • NAJMIN BINTI ABU BAKAR

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 82091Total visitors:
  • 9Visitors today:
  • 345Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: