KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa menafikan laporan bahawa penjawat awam berstatus kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang Disember tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan kontrak tahun ini.

“Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah portal melaporkan bahawa kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya bermula Disember ini.

Memetik kenyataan sumber, portal itu berkata, maklumat itu diperoleh daripada satu mesyuarat awal pagi Isnin.

“Laporan sebuah portal berita yang mengatakan kakitangan kontrak akan ditamatkan perkhidmatan pada tarikh berkenaan adalah palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak berautoriti dan tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa di laman sosial Facebook beliau.

sumber : https://www.facebook.com/DrAliHamsa

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • KHAIRUL AZMAN BIN ABU BAKAR
  • MASRINA BINTI ABDUL HALIM
  • SURIANI BINTI MUSA

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 75053Total visitors:
  • 18Visitors today:
  • 352Visitors last week:
  • 3Visitors currently online: