UiTM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKIPT 2016 dengan jumlah kutipan pingat sebanyak 53 emas 46 perak dan 35 gangsa. Tahniah, tahniah dan tahniah diucapkan kepada semua atlet yang terlibat serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam acara ini. Semoga UiTM terus unggul dan melakar kecemerlangan akademik seiring dengan jasmani. ‘ATLET CEMERLANG, UiTM GEMILANG’ 

http://sukipt.com.my/

JOHOR BAHRU – Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SukIPT) 2016 yang melabuhkan tirai semalam menyaksikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempertahankan gelaran juara keseluruhan.
Kejohanan selama 12 hari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini menyaksikan UiTM mengumpul 134 pingat keseluruhan iaitu 53 emas, 46 perak dan 35 gangsa.
Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul naib juara setelah mengutip 41 emas, 19 perak dan 21 gangsa manakala Universiti Malaya (UM) berada di tempat ketiga dengan 25 emas, 17 perak dan 14 gangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif SukIPT 2016, Hazally Jali berkata, kejohanan tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila sebanyak 25 rekod baharu dirakamkan dalam acara olahraga dan 12 acara renang.
Jelasnya, penganjuran SukIPT edisi ketiga juga menyaksikan kebangkitan penyertaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang memberi cabaran baharu kepada kontinjen besar seperti UiTM dan UPM.
“Kejohanan kali ini menyaksikan kemunculan IPTS seperti Universiti Sunway yang bukan sahaja memberi tentangan hebat malah berjaya menewaskan pencabar utama untuk meraih 17 emas,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Chan Jie dari Universiti Sunway dinobatkan sebagai Olahragawan SukIPT 2016 setelah meraih empat emas dan tiga gangsa dalam acara renang manakala atlet UM, Irene Chong dipilih sebagai Olahragawati apabila memenangi tiga emas acara renang dan satu emas menerusi acara berbasikal.
Kedua-dua atlet tersebut me­nerima hadiah tiket penerbangan ke Bali serta piala pusingan
– sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/uitm-juara-keseluruhan-sukipt-1.187207

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • FADZILAH BINTI JAFFAR
  • MOHD AIZUDDIN BIN MASURI

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69439Total visitors:
  • 28Visitors today:
  • 424Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: