KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Sebanyak 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia ditambah baik berkuat kuasa 1 Julai ini, demikian menurut Pekeliling Perkhidmatan Awam.

Penambahbaikan skim perkhidmatan itu yang membabitkan 1.6 juta penjawat awam dibuat berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2016.

Antara penambahbaikan itu ialah faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred mulai 1 Julai ini, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia yang dimuat naik dalam laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di www.jpa.gov.my.

Pekeliling itu turut memaklumkan penambahan lapisan gred kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bermula Gred 11 hingga 54, dengan gaji permulaan terendah Perkhidmatan Awam yang baharu sebanyak RM1,200 sebulan.

Selain itu, terdapat penambahan Lapisan Gred Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan Berkelayakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)/PMR yang mempunyai dua lapisan gred iaitu Gred 11 dan Gred 14 kini ditambah dua lagi lapisan gred baharu iaitu Gred 16 dan Gred 18.

Bagi skim perkhidmatan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai dua lapisan gred, iaitu Gred 17 dan Gred 22 ditambah dua lagi lapisan gred, iaitu Gred 26 dan Gred 28.

Bagi penambahan Lapisan Gred Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan Berkelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma pula terdapat tambahan dua lapisan gred baharu, bagi STPM Gred 27 dan Gred 32, dan diploma pula ditambah lapisan Gred 36 dan Gred 40.

Bagi Skim Perkhidmatan Berkelayakan Ijazah yang mempunyai dua lapisan gred iaitu Gred 41 dan Gred 44 ditambah tiga lapisan baharu sehingga Gred 54.

Di bawah penambahbaikan itu, kerajaan memutuskan supaya Gred 17 dan Gred 19 diseragamkan kepada Gred 19, manakala Gred 27 dan Gred 29 diseragamkan kepada Gred 29.

Menurut pekeliling itu, pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan amaun satu kenaikan gaji tahunan (KGT) layak diterima oleh pegawai bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik dan sedang berkhidmat pada 1 Julai ini di bawah skim SSM, SSB dan Laporan Gaji JKK 1976 mengikut kadar kenaikan gaji tahunan gred jawatan asal.

Rasionalisasi skim perkhidmatan ini tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan mengikut pekeliling perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran/surat pelaksanaan yang berkuat kuasa.

Bagaimanapun, penetapan kadar elaun dan kemudahan berkenaan adalah tertakluk kepada gred jawatan baharu pegawai, menurut pekeliling berkenaan.

— BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1235468

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • AZURA BINTI MAZLAN
  • ROSNANI BINTI ABDUL RAZAK

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69147Total visitors:
  • 24Visitors today:
  • 384Visitors last week:
  • 1Visitors currently online: