Bernama 26/4/2016 PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) — Penjawat awam perlu berpegang kepada ‘Aku Janji’ perkhidmatan awam dengan menjalankan tugas secara dedikasi, amanah dan berintegriti, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata ‘Aku Janji’ yang dilafazkan oleh penjawat awam mempunyai kesan dari segi agama di mana setiap individu akan dipertanggungjawab dan dihitung setiap perbuatan yang dilakukan.

“Aspek integriti dan amanah adalah paling penting kerana ia akan beri kesan kepada soal keberkatan rezeki,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 kepada warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. Menurutnya aspek integriti dan amanah adalah penting bagi penjawat awam pada masa ini ekoran pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepada kakitangan awam. Tuduhan yang dilemparkan memberi gambaran seolah-olah penjawat awam kini kurang cemerlang dan integriti terutamanya apabila dokumen tertentu dikeluarkan dalam media sosial. — BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1239547

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • HASMIZA BINTI TEH
  • NAJMIN BINTI ABU BAKAR

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 82100Total visitors:
  • 18Visitors today:
  • 354Visitors last week:
  • 2Visitors currently online: