Orang ramai yang merancang mendapatkan perkhidmatan kerajaan digalak mengunjungi jabatan dan agensi berkenaan sebelum cuti umun Hari Raya Aidilfitri- Gambar Hiasan

PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) — Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai. 

“Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS. 

“Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya. 

Dalam ‘Surat Edaran : JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (11)’ yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pula menyatakan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai itu hanya terpakai kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri-negeri yang kelepasan mingguannya ialah pada hari Ahad. 

“Pemberian pelepasan khas daripada bertugas ini hanya terpakai pada tahun ini sahaja dan tidak boleh dijadikan duluan bagi apa-apa tujuan di masa hadapan,” menurut surat edaran yang dimuat naik di portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam itu.

Ia menyatakan tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan surat edaran itu pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. — BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1259854

http://www.bharian.com.my/node/169897

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

No records for these days

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 67948Total visitors:
  • 40Visitors today:
  • 430Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: