Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yang menaungi 20 persatuan pentadbir di setiap Universiti Awam seluruh negara memilih untuk menjadikan tarikh 20 Ogos pada setiap tahun sebagai Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam. Pemilihan satu tarikh khas ini diadakan untuk menyuntik motivasi dan menghargai perjuangan para pentadbir Universiti serta untuk memartabatkan profesion pentadbir dalam membina kecemerlangan Universiti Awam di Malaysia.

Pada masa kini, terdapat kira-kira 8000 pentadbir dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dari pelbagai skim yang berkhidmat di Universiti Awam. Tidak dinafikan, kumpulan ini merupakan sebahagian dari entiti penting yang merancang, menggerakkan dan melaksanakan pelbagai citra kecemerlangan universiti awam Malaysia selama ini.

Selaras dengan profesion lain yang mempunyai Hari Profesion masing-masing untuk diraikan seperti Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Setiausaha, Hari Polis dan lain-lagi, justeru MASTI mengambil inisiatif untuk mewujudkan hari khas untuk pentadbir universiti.

Melalui pengalaman, kepakaran, idea dan tenaga yang dimiliki oleh pentadbir universiti, ia dapat dimanfaatkan untuk bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan agenda kerajaan iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sambutan Hari Pentadbir telah disambut kali pertama pada tahun lalu di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan dengan pengisian utamanya penganjuran konvensyen pentadbir, pameran dan malam anugerah. Pada tahun ini, MASTI membuat ketetapan untuk sambutan Hari Pentadbir diluaskan dampak dan impaknya dengan dilaksanakan di setiap universiti.

Manakala diperingkat induk, MASTI akan mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Pentadbir 2017 pada esok, 20 Ogos ini bertempat di Auditorium Muhyiddin, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pada sambutan ini, buat julung-julung kalinya ia mempertemukan tokoh-tokoh Pentadbiran Universiti Awam daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam sesi Syarahan Kelestarian Pentadbiran yang menyentuh topik pengurusan strategik sumber manusia, pelan penggantian (sucession planning) dan kelestarian peranan pentadbir universiti.

MASTI yang ditubuhkan pada 2001 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awalnya hanya dianggotai oleh 10 buah universiti awam. Selepas 14 tahun penubuhannya, keanggotaanya kini meliputi semua Universiti Awam sekaligus mencapai tujuan penubuhannya untuk menyatukan semua pentadbir dan ikhtisas yang ada di Universiti Awam bagi menjadikan golongan ini sebagai entiti yang penting dan berkesan dalam membina kecemerlangan Universiti Awam.

TUAN AZRI DOHAT
PRESIDEN
MAJLIS PERSATUAN PENTADBIR UNIVERSITI AWAM (MASTI)

Disediakan dan dikeluarkan oleh :
Mohd Zaini Othman (USIM)
Pegawai Perhubungan Media MASTI



http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1383439

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • FADZILAH BINTI JAFFAR
  • MOHD AIZUDDIN BIN MASURI

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69446Total visitors:
  • 35Visitors today:
  • 431Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: