SEMINAR PENTADBIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) TAHUN 2017 DAN PELANCARAN ANUGERAH PENTADBIR UiTM SEMPENA HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 

Sukacita dimaklumkan, Pejabat Pendaftar dan Ketua-Ketua Skim Perkhidmatan dengan kerjasama Persatuan Pentadbir UiTM akan menganjurkan Seminar Pentadbir UiTM Tahun 2017 dan Pelancaran Anugerah Pentadbir UiTM bersempena Hari Pentadbir Universiti Awam. Program ini julung kalinya dianjurkan dengan penglibatan para pentadbir seluruh sistem universiti yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh      :25 September 2017 (Isnin)
Tempat    :Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Tema       :“Revolusi Industri 4.0 : Cabaran Pentadbir Universiti”
Penceramah Jemputan:
i.    YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar
Pro-Canselor UiTM
ii.    YBhg. Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi

Dengan ini, pihak penganjur amat berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan menghadiri seminar ini. Untuk makluman, seminar ini akan dihadiri oleh :
· Pengurusan Tertinggi UiTM
· Pendaftar Universiti Awam Malaysia
· Dekan dan Timbalan Dekan UiTM
· Exco Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI)
· Presiden Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia
· *Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran)
· *Staf Kumpulan Pelaksana

*Terdiri daripada staf seperti mana yang dinyatakan dalam surat jemputan kepada Pusat Tanggungjawab masing-masing.





Sila hubungi Jawatankuasa Seminar Pentadbir UiTM 2017 di talian 03-5544 3237/ 3106/ 3236/ 3182/ 3095/ 3108/ 3103/ 3138/ 3134 bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program ini. Segala kerjasama yang diberi YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan amat dihargai.
Terima kasih.

JAWATANKUASA SEMINAR PENTADBIR UiTM 2017

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • MOHAMAD RAHIMI BIN SULAIMAN
  • MUHAMAD AZLAN BIN MD ARIS

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69106Total visitors:
  • 22Visitors today:
  • 376Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: