Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), menyedari bahawa dalam arus perdana pendidikan pada hari ini, pegawai pengurusan dan profesional perlu memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang seperti penulisan, penyelidikan, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta sebagainya. Ini kerana peranan pentadbir kini telah berubah selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi. Justeru, pihak MASTI yang menjadi penaung kepada 20 persatuan pentadbir Universiti awam merasakan keperluan untuk membantu menyediakan platform bagi Pentadbir Universiti awam ini berkarya dan juga mengasah bakat dalam pelbagai bidang ini untuk meningkatkan mutu dalam perkhidmatan mereka.Maka atas kesedaran itulah, MASTI mengambil inisiatif berkerjasama dengan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) untuk menerbitkan buku karya Pentadbir Universiti Awam susulan kejayaan daripada penghasilan naskah sulung penerbitan Bersama AKEPT pada tahun 2016. Sebagai tambahan juga, pihak MASTI bercadang untuk berkolaborasi dengan pihak AKEPT bagi menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu pendidikan tinggi daripada perspektif pentadbir Universiti.

Senarai Aktiviti Hari Pentadbir 2018

  • Perasmian Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2018
  • Konvensyen Transformasi Pentadbir Universiti Awam: ‘Gaya Kepimpinan: Isu dan Cabaran’
  • Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Universiti Awam
  • Pameran Persatuan Pentadbir Universiti Awam
  • Pelancaran Penerbitan MASTI Siri II
  • Pelancaran Lagu MASTI
  • Majlis Anugerah Gemilang MASTI 2018
  • Program VCore 4.0 MASTI: Scavenger Hunt dan Tour Program

Senarai anugerah yang dipertandingkan pada Konvensyen kali ini adalah seperti senarai di bawah. Klik pada pautan di bawah untuk perincian yang lebih teliti bagi setiap kriteria yang diperlukan untuk pencalonan. Sebarang keputusan juri adalah muktamad.

  1. ANUGERAH KEPIMPINAN PERDANA MASTI: Muat Turun Borang >>> SINI
  2. ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM: Muat Turun Borang >>> SINI
  3. ANUGERAH PENTADBIR UNIVERSITI AWAM (KATEGORI PENULISAN): Muat Turun Borang >>> SINI
  4. ANUGERAH PENTADBIR UNIVERSITI AWAM (KATEGORI PENYELIDIKAN): Muat Turun Borang >>> SINI
  5. ANUGERAH PENTADBIR UNIVERSITI AWAM (KATEGORI KHIDMAT KOMUNITI): Muat Turun Borang >>> SINI
  6. ANUGERAH PENTADBIR UNIVERSITI AWAM (KATEGORI KREATIVITI DAN INOVASI): Muat Turun Borang >>> SINI
  7. ANUGERAH PENTADBIR HARAPAN: Muat Turun Borang >>> SINI
  8. ANUGERAH PERSATUAN PENTADBIR TERBAIK: Muat Turun Borang >>> SINI
  9. ANUGERAH PAMERAN TERBAIK: Muat Turun Borang >>> SINI
  10. ANUGERAH PROGRAM TERBAIK: Muat Turun Borang >>> SINI

more info http://www.unimas.my/haripentadbir2018/

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • AZURA BINTI MAZLAN
  • ROSNANI BINTI ABDUL RAZAK

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69125Total visitors:
  • 2Visitors today:
  • 362Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: