Sekitar pertemuan dan Sesi Ramah Mesra Jawatankuasa Eksekutif MASTI (Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia) 2017-2019 bersama Dato Haizuan, Pendaftar USIM merangkap Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam Malaysia. Beberapa hasil perbincangan daripada pertemuan tersebut seperti berikut :

1) Kebersamaan

Kebersamaan penting dalam menangani isu bersama berkaitan kompleksiti di peringkat tadbir urus yang relevan. Perlu mengangkat antara satu sama lain di mana keadaan sekarang sangat mencabar.

2) Memberi pandangan

Dengan perubahan kerajaan baharu sekarang, wujudnya pemilihan Naib Canselor (NC) diiklankan. Di sini peranan MASTI perlu turut serta memberi pandangan dan menerajui perkara sebegini secepat mungkin kerana ia berkaitan dengan perubahan yang berlaku di dalam universiti di mana jawatan NC telah terbuka kepada pihak luar universiti.

3) ‘Strategic level’

MASTI berperanan sebagai peringkat strategik memberi idea dan cadangan. Boleh disalurkan terus kepada Pengerusi Majlis Pendaftar.

4) ‘Power maturity’

Apabila menjadi ketua jangan sampai menyusahkan orang lain dan tiada fleksibiliti. Sebagai ketua tiada batasan untuk bertindak secara luas.

5) Perkasakan institusi Pendaftar

Pentingnya institusi Pendaftar diperkasakan. Ini akan banyak memudahkan urusan kita. Ia termasuklah lantikan kalangan pentadbir bagi jawatan utama seperti pengarah, pengetua dan sebagainya

6) Kemenangan di peringkat nasional

Pentadbir haruslah menerajui kemenangan di peringkat nasional yang boleh mendapatkan/menaikkan nama pentadbir sepertimana contoh Universiti Perguruan Sultan Idris, Anugerah Pekerja Terbaik di peringkat Kebangsaan.

7) Berkarya

Berkaryalah. Jangan dibelenggu oleh persepsi. Cabaran MASTI ialah mengusahakan sesuatu yang berimpak besar/gah seperti wujudkan jawatan Adjung/kursi dari kalangan pentadbir. Dapatkan dana untuk dijadikan endowmen dan lantik di kalangan pentadbir untuk memegang kursi. TOR boleh sahaja kita buat.

8) ‘Influence factor’

Perlu keberanian untuk bergerak dan ‘game’ kena berubah untuk ‘survival’ universiti. Kalau perlu revisit, lakukanlah.

9) MASTI as a thinker

Kita boleh mencipta aura kita.

10) Pakej Kesejahteraan

Perlu fikirkan pakej kesejahteraan dan ilmuan untuk pentadbir contoh Skim Cuti Belajar, Geran Penyelidikan, Program Antarabangsa, Hadiah Pergerakan Gaji dan sebagainya untuk pentadbir. Ada universiti yang tiada langsung pakej ini.

Presiden MASTI turut telah membentang beberapa perkara yang memerlukan perhatian dan sokongan Majlis Pendaftar iaitu:
1. Skim Dominan / Skim Pentadbir Universiti
2. Pengekalan jawatan strategik pentadbiran kepada Pentadbir – terutamanya jawatan seperti Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang
3. Pelaksanaan Hari Pentadbir pada setiap tahun (20 Ogos)
4. Cadangan Syarahan Perdana MASTI
5. Mewujudkan dan mengaktifkan platform perbincangan antara KSU KPM / KPPA bersama MASTI-GAKUM-MAAC atau mana-mana gabungan yang berkaitan bagi memartabatkan profesion Pentadbir
6. Mencadangkan Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas USM untuk menjadi ahli MASTI

Akhir kata dari Presiden MASTI adalah penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Pendaftar kerana memberikan ruang kepada MASTI untuk pembentangan usul dari kalangan pentadbir (mengikut keperluan) di dalam Mesyuarat Majlis Pendaftar.

Sekian untuk makluman seluruh Rakan MASTI (Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia)
#MASTI
#PPUiTM

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • INTAN SYARHAIDA BINTI SHAARANI

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 68914Total visitors:
  • 47Visitors today:
  • 348Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: