Kekal Integrti Walaupun Bekerja dari Rumah

Berita Harian 27 Oct 2020
Penulisan oleh Wan Faizatul Azirah Ismayatim, Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa, #UiTM.
Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam

Bermula 7 Oktober lalu, kebanyakan penjawat awam mula melaksanakan tugas hakiki mereka dari kediaman masing-masing. Ia berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 sejak beberapa minggu lalu.

Inisiatif bekerja dari rumah satu daripada usaha kerajaan untuk memutuskan rangkaian jangkitan melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP).

Tidak dinafikan, pandemik membawa perubahan besar terhadap gaya bekerja tradisional yang mana dahulunya kita kekal di tempat kerja seawal jam 8 pagi dan pulang selepas 5 petang setiap hari bekerja.

Bagaimanapun, tuntutan bekerja dari rumah mengubah waktu dan jangka masa bekerja seseorang bergantung cabaran dihadapi ketika berada di rumah.

Satu daripada keperluan adalah untuk kekal berhubung dengan rakan sekerja serta pelanggan perkhidmatan dan pada masa sama perlu mengendalikan hal lain yang berlaku di rumah.
Kekal integriti walaupun bekerja dari rumah

Sebagai contoh, untuk menghadiri mesyuarat dalam talian, cukup mencabar apabila ada bunyi bising di belakang tabir dan anak kecil turut ‘menyertai’ mesyuarat yang kadangkala mengganggu perjalanan serta penyampaian maklumat yang berkesan.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah rendah atau TADIKA, cabaran baharu perlu dilalui ialah memastikan mereka terus menerima ilmu daripada guru secara dalam talian mengikut jadual ditetapkan pihak sekolah.

Ketika inilah kebijaksanaan ibu bapa membahagikan masa bekerja dan memantau tugasan sekolah anak diperlukan untuk membolehkan kedua-dua pihak kekal menjalankan tanggungjawab masing-masing terhadap tugas hakiki dan untuk menimba ilmu.

Selepas melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tinjauan umum mendapati ramai ibu bapa mula selesa dan mampu beradaptasi dengan situasi semasa.

Kita mesti belajar untuk percaya, bersikap terbuka dan menerima hakikat bahawa kita perlu kekal berada di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit ini.Anak kecil mula menjadi pelajar yang mampu berdikari dan mula menyesuaikan diri dengan rutin kelas secara dalam talian.

Antara cabaran lain bekerja dari rumah ialah mengekalkan kesihatan mental yang baik. Ketidakpastian berkaitan situasi semasa dan masa depan pandemik ini sukar diramal dan Pertubuhan Kesihatan Dunia ((WHO) sendiri mengeluarkan amaran bahawa COVID-19 tidak akan dapat dihapuskan sepenuhnya.

Penduduk dunia diminta menerima hakikat berkenaan dan belajar untuk hidup dengannya. Keadaan ini berpotensi meningkatkan rasa cemas dalam kalangan kita dan perasaan takut untuk keluar dari rumah mungkin timbul.

Ketika inilah kebolehan kita untuk kekal berfikiran positif amat diperlukan supaya fikiran tidak terbeban dengan sesuatu yang berada luar kawalan sendiri.

Kita mesti belajar untuk percaya, bersikap terbuka dan menerima hakikat bahawa kita perlu kekal berada di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit ini.

Perasaan serba salah akan wujud dalam kalangan penjawat awam apabila tidak dapat menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada tugas hakiki mereka.

Nilai jujur dan amanah tinggi akan menjadikan kita berasa terhutang masa dan tanggungjawab terhadap tugasan yang tidak dapat diselesaikan akibat cabaran serta kekangan dihadapi di rumah.

Bagaimanapun, penjawat awam perlulah terus amanah dan menjaga etika dan integriti bekerja seperti kebiasaan apabila berada di pejabat.

Bijak menguruskan masa dengan baik, kekalkan berhubung dengan majikan dan laksanakan tugasan diamanahkan. Pada masa sama tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak di rumah.

Kesihatan mental anak juga perlu dijaga supaya apabila keluar daripada kemelut pandemik ini, kita kekal sihat dan sejahtera dalam kedua-dua sudut fizikal dan mental.

sumber Berita Harian 27 Oct 2020
Penulisan oleh Wan Faizatul Azirah Ismayatim, Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa,
Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20201027/281676847407936







Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • NOR HANIZAN BINTI KHALID
  • ROZNITAH BINTI SONGGOH

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 82011Total visitors:
  • 1Visitors today:
  • 338Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: