Putrajaya: Pentadbir universiti adalah arkitek untuk membentuk acuan pentadbiran universiti ke arah merealisasikan falsafah dan nilai keilmuan dan kesarjanaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam ucaptamanya kepada warga pentadbir universiti awam di Malaysia secara maya hari ini, Mohd Zuki berkata, universiti pada hari ini perlu dilihat bukan sahaja sebagai institusi pengajian tinggi tetapi sebuah kota ilmu dan penyelidikan, bandar budi serta akal yang membentuk peradaban bangsa dan ketamadunan.
Beliau berkata, universiti tidak boleh terperangkap dengan budaya korporat hasil garapan serta percampuran budaya sektor awam dan swasta memandangkan universiti bukanlah badan korporat yang hala tujunya sekadar mencetak keuntungan.

“Universiti tidak boleh semata-mata dipacu oleh penyataan visi, misi dan nilai korporat sahaja dan ia mesti ditadbir dengan acuan falsafah dan nilai-nilai keilmuan dan kesarjanaan.

“Universiti mesti berpegang teguh kepada prinsip dan semangat akal budi yang meraikan kepelbagaian ilmu serta berfungsi sebagai jambatan kukuh di antara gedung pengetahuan dan penyelidikan dengan semua pihak,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2020 hari ini.

Menurut rekod, katanya, seramai 93,638 iaitu 5.85 peratus dari jumlah penjawat awam di negara ini terdiri daripada warga Universiti Awam (UA) dan kira-kira 9,652 atau 10.3 peratus adalah terdiri daripada pentadbir profesional.

“Ini menunjukkan staf UA secara langsung perlu melakukan adaptasi serta bekerja dalam suasana norma baharu dalam melaksanakan tugas lebih-lebih lagi universiti adalah institusi yang memfokuskan kepada pusat pengajian, penyelidikan dan pembangunan profesional serta kepakaran,” katanya.

Mohd Zuki berkata, beliau berkeyakinan UA di bawah kepimpinan naib canselor yang dilantik serta para pegawai yang cekap dan berwibawa akan mampu mengangkat budaya dan nilai sebenar sesebuah universiti ke tempat asalnya.

Konvensyen secara dalam talian itu adalah kerjasama antara Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (Masti); Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam Malaysia. Pada konvensyen itu Mohd Zuki turut melancarkan penerbitan khas Masti kali ke-3 yang meliputi 23 artikel hasil penulisan pentadbir sendiri.

Sumber : Bernama & Berita Harian Mac 29, 2021 @ 2:58pm
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1946614

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/689217/pentadbir-universiti-arkitek-bentuk-acuan-universiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • MUHAMMAD SYUHAIRI BIN ZAKARIA

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 67999Total visitors:
  • 49Visitors today:
  • 409Visitors last week:
  • 1Visitors currently online: