Wanita Pertama NC UiTM

Pihak Persatuan Pentadbir UiTM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) baharu sekali gus menjadi wanita pertama menyandang jawatan berkenaan.

Pelantikan tersebut diumum Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad menerusi Facebook yang memaklumkan, surat pelantikan itu telah diserahkan beliau kepada Roziah.

Menurutnya, Roziah, 58, berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Matematik dari The State University of New York @ New Paltz New York, Amerika Syarikat (AS) serta Ijazah Sarjana dalam bidang sama dari West Virginia University, AS.

Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Faksafah dalam bidang Statistik pada tahun 2003 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Beliau telah menggerakkan 22 inisiatif Globally Renowned University 2025 seperti penggabungan fakulti menjadi Kolej Pengajian 10 bidang, Education 5.0@UiTM dan Global Learning.

“Selain itu, beliau turut menganggotai badan profesional Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan pernah menerima pelbagai anugerah seperti Staff Excellence Award UiTM pada tahun 2017, 2013, 2009, 2008 dan 2002,” katanya.

sumber:  https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/roziah-wanita-pertama-dilantik-naib-canselor-uitm/

#UiTM #ppuirm #NaibCanselorUiTM #UiTMdihatiku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • MUHAMMAD SYUHAIRI BIN ZAKARIA

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 67991Total visitors:
  • 41Visitors today:
  • 401Visitors last week:
  • 2Visitors currently online: