Pusat Kesihatan UiTM dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM), Persatuan Pentadbir UiTM dan PEWANI akan menganjurkan Program Khatan Perdana UiTM bagi tahun 2021. Maklumat program dan syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 – 17 Disember 2021
Tempat: Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam
Yuran Penyertaan: RM90.00 (Anak Staf) / RM120.00 (Orang Awam)
Had Peserta: 45 orang sahaja


Tentatif Majlis Perasmian Program Khatan Perdana UiTM 2021
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta

8.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

8.45 pagi :
Ketibaan YBhg. Prof. Dr Mohd Sazili Shahibi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar

Nyayian Lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM

Bacaan Doa dan Asmaul Husna

Ucapan Aluan Pengarah Pusat Kesihatan

Ucapan Perasmian YBhg. Timbalan Naib Canselor

Penyerahan Cenderahati kepada peserta

Sesi bergambar

Syarat – syarat Penyertaan:
Peserta berusia 10 tahun dan ke atas
Telah lengkap mengambil vaksin Covid 19 bagi peserta berusia 12 tahun dan ke atas
Setiap peserta hanya boleh ditemani oleh seorang pengiring (ibu/bapa/penjaga) sahaja.
Setiap peserta dan pengiring perlu menjalani Ujian Saringan Covid19 (Saliva) di hadapan Staf Perubatan Pusat Kesihatan pada hari pelaksanaan khatan. Kit Ujian hendaklah di bawa sendiri oleh peserta.
Peserta dan pengiring tidak dibenarkan untuk menjalani prosedur khatan ini sekiranya bergejala atau merupakan kontak rapat Covid19 pada hari temujanji. Tarikh baru akan diberikan kepada peserta.
Pengiring telah lengkap mendapat vaksin Covid19.
Peserta tidak mempunyai penyakit-penyakit yang merbahaya.

Sehubungan itu, pihak Pusat Kesihatan membuka penyertaan kepada staf yang berminat untuk menyertai program tersebut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Disember 2021. Penyertaan hanya dibuka untuk 45 orang peserta sahaja  Sebarang pertanyaan dan tempahan slot berkhatan, sila hubungi pihak urusetia di talian 03-55211652.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Program Khatan Perdana UiTM 2021

#ppuitm #pewani #kkuuitm

PRIHATIN & PROAKTIF
Laman web rasmi PPUiTM http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:  https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER http://twitter.com/#!/ppuitm 
INSTAGRAM http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

No records for these days

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 68936Total visitors:
  • 1Visitors today:
  • 290Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: