MASTI ingin mempelawa Pentadbir Universiti Awam cemerlang yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia 2024 yang akan dibuka mulai 1 April 2024 (Isnin).Calon-calon yang berminat bolehlah menghubungi Presiden Persatuan Pentadbir universiti / wakil persatuan untuk mendaftar dan mendapatkan nama pengguna dan kata laluan masing-masing.Maklumat lanjut mengenai anugerah, sila layari laman web rasmi di https://haripentadbir2024.masti.myBuat masa ini, hanya menu ANUGERAH sahaja yang diaktifkan.Permohonan hendaklah dibuat secara online dan manual mengikut kategori anugerah yang dipertandingkan.

MASTI ingin mempelawa Pentadbir Universiti Awam cemerlang yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia 2024 yang akan dibuka mulai 1 April 2024 (Isnin).Calon-calon yang berminat bolehlah menghubungi Presiden Persatuan Pentadbir universiti / wakil persatuan untuk mendaftar dan mendapatkan nama pengguna dan kata laluan masing-masing.Maklumat lanjut mengenai anugerah, sila layari laman web rasmi di https://haripentadbir2024.masti.myBuat masa ini, hanya menu ANUGERAH sahaja yang diaktifkan.Permohonan hendaklah dibuat secara online dan manual mengikut kategori anugerah yang dipertandingkan.

Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia 2024

1.Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada Pentadbir universiti awam di Malaysia yang cemerlang, terbilang, menonjol dan memberikan sumbangan yang signifikan dalam pengurusan universiti serta memperkukuhkan pencapaian universiti dalam pelbagai bidang.
2.Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) sekali lagi bakal menganjurkan Majlis Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia 2024 (sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Pentadbir Gemilang MASTI) sempena sambutan Hari Pentadbir Universiti Awan Malaysia pada 20 Ogos 2024 akan datang.
3.Sehubungan itu, MASTI ingin mempelawa semua Pentadbir Universiti Awam Malaysia yang terdiri daripada Pegawai Skim Perkhidmatan A, B, C, F, G, J, K, L, N, Q, S, U dan W yang berstatus tetap dan kontrak dalam kalangan ahli-ahli Persatuan Pentadbir dari universiti-universiti awam untuk menyertai pertandingan anugerah ini.
4.Berikut disertakan tarikh-tarikh penting bagi anugerah tersebut :
 a. Tarikh Penyertaan : 01 April 2024 hingga 30 April 2024b. Tarikh Penilaian : 01 Mei 2024 hingga 31 Mei 2024c. Tarikh Pengumuman Pemenang : 01 Jun 2024 hingga 15 Jun 2024d. Tarikh Konvensyen Pentadbir : 20 Ogos 2024 hingga 22 Ogos 2024e. Tarikh Penyampaian Hadiah : 21 Ogos 2024
5.Penganjuran kali ke-5 ini akan menonjolkan sebanyak 15 anugerah berprestij di peringkat kebangsaan dalam pelbagai kategori iaitu :
 Kategori Anugerah Perdana Pentadbir Universiti Awam
 a.  Anugerah Khas Kepimpinan Unggul
b.  Anugerah Tokoh Pentadbir
c.  Anugerah Pentadbir Unggul
d.  Anugerah Pentadbir Harapan
 Kategori Anugerah Persatuan Pentadbir Universiti Awam
 a.  Anugerah Persatuan Pentadbir Unggul
b.  Anugerah Program Unggul
c.  Anugerah Pameran Terbaik
 Kategori Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam
 a.  Anugerah Khidmat Komuniti dan Kesukarelawanan
b.  Anugerah Inovasi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
c.  Anugerah Tadbir Urus Kreatif & Inovatif
d.  Anugerah Sukan dan Rekreasi
e.  Anugerah Penulisan Sains dan Teknologi
f.  Anugerah Penulisan Sains Sosial
g.  Anugerah Penyelidikan Sains dan Teknologi
h.  Anugerah Penyelidikan Sains Sosial
6.Tahun penilaian pertandingan anugerah adalah dikira bermula pada tahun 2022 sehingga 2024 sahaja.
7.Hanya 5 calon terbaik dan tertinggi sahaja yang akan dinilai bagi setiap kategori.
8.Hanya 10 pencapaian terbaik dan tertinggi sahaja yang akan dinilai bagi setiap kategori.
9.Semua maklumat perlu disertakan dengan bukti yang sah.
10.Penghantaran maklumat atau bukti palsu, keseluruhan penyertaan akan dibatalkan dan nama akan disenaraihitamkan.
11.Hadiah pemenang adalah berupa wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.
12.Semua calon pertandingan anugerah akan diberikan sijil penyertaan.
13.Penyertaan anugerah yang pertama adalah PERCUMA.
14.Penyertaan anugerah yang ke-2 dan seterusnya dikenakan bayaran sebanyak RM20 bagi setiap anugerah yang disertai.
15.Semua calon yang berminat hendaklah melengkapkan borang pertandingan anugerah yang disediakan secara dalam talian sebagaimana pemakluman dalam poster.
16.Keterangan lanjut berkaitan pertandingan anugerah adalah sebagaimana pautan yang disediakan. Sebarang pertanyaan lanjut yang lain, boleh menghubungi :
a.  Dr. Mohd Fadhzil bin Zainol di talian 019-339 6587 atau
b.  En. Helmee bin Yaacob di talian 012-7192294
17.Akhir kata, MASTI amat mengalu-alukan semua Pentadbir Universiti Awam Malaysia menyertai pertandingan anugerah ini dan mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua.

https://pertisasapp.utm.my/Masti2024/Home/UserManual


Folow us
BLOG http://ppuitmsa.blogspot.com
FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM

GOOGLE PLUS http://gplus.to/ppuitm
INSTAGRAM http://instagram.com/ppuitm

TWITTER http://twitter.com/#!/ppuitm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • FAIROS BIN ABDUL HAMID
  • HAIRUL FAZZLINYANA BINTI MOHD
  • JAMALUDIN BIN JOHAN
  • NOR HAFIZAH BINTI IBRAHIM
  • ZAINORTUL AKMAR BINTI ZAINON A

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69675Total visitors:
  • 16Visitors today:
  • 403Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: