KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menganjurkan konvensyen mengenai masalah pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan anggota koperasi Mac ini.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata konvensyen yang julung kali diadakan itu akan berlangsung pada 1 dan 2 Mac, bagaimanapun lokasinya belum diputuskan lagi.
“Cadangan mengadakan konvensyen ini tercetus bagi mencari resolusi masalah pemilikan rumah yang terus membelenggu rakyat terutamanya penjawat awam.
“Resolusi itu nanti akan dibawa kepada kerajaan supaya kerajaan tahu suara rakyat dari akar umbi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata seramai dua juta daripada lapan juta anggota yang menganggotai 12,500 koperasi di seluruh negara adalah penjawat awam.
Beliau berkata konvensyen itu nanti akan turut membincangkan dan mengambil model negara luar tentang bagaimana kerajaan mereka mengurus dan memastikan rakyat memiliki rumah sendiri.
— BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1204398

http://cuepacs.blogspot.my/2016/01/cuepacs-angkasa-anjur-konvensyen-cari.html

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • IMRAN BIN MOHAMED @ ISMAIL

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 81155Total visitors:
  • 56Visitors today:
  • 446Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: