Pada 29 Oktober 2015 yang lalu Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia telah menganjurkan Program Wacana Wasatiyyah & Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1436H/2015 Peringkat UiTM.
Objektif utama program ini adalah bagi menerapkan konsep wasatiyyah dikalangan warga UiTM ke arah membentuk sebuah masyarakat yang harmoni di samping memberi kefahaman peranan dalam merealisasikan pendekatan tersebut. Program ini juga bertujuan memupuk warga UiTM agar menyelami, memahami dan menghayati nilai-nilai dan etika yang unggul yang berteraskan konsep wasatiyyah iaitu kesederhanaan dan keseimbangan dalam aspek kehidupan.
Sempena sambutan Maal Hijrah peringkat UiTM itu juga satu forum bertajuk Wasatiyyah Wadah Transformasi Ummah telah diadakan dengan barisan panel terdiri dari Imam Muda Ahmad Hazran danNasharudin Mat Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) manakala Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak)UiTM, Profesor Madya Dr. Amer Shakir Zainol sebagai moderator. Turut hadir Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/