Bernama 18/12/2014 KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Penjawat awam negara ini diingatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat dan dokumen kerajaan di laman sosial bagi menjamin keselamatan negara. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara tersebut tidak harus diambil ringan kerana ia membabitkan kedaulatan dan keamanan masyarakat negara ini.

“Sebagai penjawat awam kita diberi amanah dan kepercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing. “Kita perlu patuh dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Khamis.

Persidangan bertemakan ‘Cabaran dan Masa Depan Agensi Badan Berkanun’ selama dua hari sehingga Jumaat itu dihadiri seramai 600 peserta daripada 100 agensi badan berkanun. –BERNAMA

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • IMRAN BIN MOHAMED @ ISMAIL

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 81150Total visitors:
  • 51Visitors today:
  • 441Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: