Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) akan menganjurkan Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia kali ketiga pada 29 – 31 Mac 2021 dengan menyaksikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dipilih sebagai hos bagi konvensyen kali ini melalui kerjasama daripada Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi Malaysia (AKEPT).
Dengan tema “Pentadbir Universiti : Pengukuhan Pentadbiran Organisasi Mendepani Cabaran Pengurusan Perubahan”, konvensyen kali ini akan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan dijalankan secara atas talian sepenuhnya.
Lebih 800 orang peserta terdiri dripada pengurus profesional universiti awam akan menyertai konvensyen yang dijalankan selama tiga hari bermula dari 29 hingga 31 Mac 2021 secara atas talian sepenuhnya dan boleh di tonton melalui facebook MASTI Malayisa https://www.facebook.com/MASTIMalaysia atau facebook Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) https://www.facebook.com/PPUiTM/
Pelbagai program turut diaturkan antaranya forum universiti berteraskan nilai yang akan menampilkan tiga orang tokoh dari dalam dan luar universiti di samping ucaptama oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan mengupas topik berkaitan kesiapsiagaan pentadbir universiti dalam mendepani cabaran pengurusan perubahan.
PPUiTM 16:00:00Konvensyen, Konvensyen Pentadbir

Dalam pada itu hampir 46 kertas kerja juga akan dibentangkan dalam sesi selari secara atas talian oleh seluruh pentadbir universiti awam Malaysia. Pelbagai tema dipilih khususnya dalam menyediakan pentadbir universiti untuk mendepani cabaran pengurusan perubahan yang perlu ditekankan dalam konteks perkhidmatan awam di Malaysia di mana perubahan tidak boleh hanya ditangani melalui emosi tanpa kawalan sebaliknya ianya perlu dilakukan secara beretika agar selari dengan keperluan dan kehendak manusia.
Kemuncak pengisian konvensyen kali ini adalah ucaptama transformasi pengurusan perubahan pentadbir universiti yang akan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Mazlan bin Yusoff. Beliau juga akan turut menyempurnakan Majlis Anugerah Gemilang MASTI yang akan menobatkan para pentadbir universiti mengungguli beberapa anugerah antaranya Anugerah Tokoh Pentadbir, Anugerah Pentadbir Terbilang, Anugerah Pentadbir Harapan dan Anugerah Pentadbir Gemilang serta Anugerah Khas MASTI.
#mastimlaysia
#ppuitm
#kitaUiTM
#UiTMdihatiku
Laman web rasmi PPUiTM http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER: http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG : http://ppuitmsa.blogspot.com/