Seminar Rahsia Pekerja Cemerlang Melalui Kamahiran Neuro-linguistic Programming (NLP)
Memandangkan ilmu ini penting kepada para pentadbir sekalian, maka Persatuan Pentadbir UiTM akan menganjurkan seminar tersebut di atas seperti ketetapan berikut :
Sasaran Peserta : Semua Staf UiTM, (keutamaan kepada Ahli Persatuan Pentadbir UiTM)
Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Tarikh : 29 Februari hingga 1 Mac 2012 (Rabu-Khamis)
Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Penceramah : Smart Excel Consultant
Yuran : PERCUMA
Bilangan peserta terhad 120 orang yang terawal sahaja. Mohon berikan maklumbalas kehadiran kepada
Puan Hamidah Hj Ninggal (03-55442388) atau Ustazah Khamariah (03-32584102)
Apa dia Neuro-Linguistic Programming (NLP) ?
1) Pengenalan
NLP adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.
Hari ini teknologi yang amat terkini ini telah membantu jutaan manusia diseluruh dunia dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan termasuklah kerjaya, hubungan komunikasi, keluarga, kerjaya, pendidikan, pemasaran dan jualan, kaunseling dan terapi, latihan dan pembangunan insan.
2) Kelebihan NLP dan manfaat menghadiri seminar
- Peserta Akan Merasa Gembira Dan Seronok Setiap Hari Dalam Pelaksanaan Tugas ;
- Menjalankan Tugas Dengan Lebih Bersemangat Dan Kurang Memenatkan ;
- Dapat Memberikan Suntikan Perubahan Diri Positif Yang Berkekalan Berbanding Kaedah Biasa Yang Lain ; dan
- Peserta Akan Jauh Lebih Faham Dan Menghayati Tugas Dan Tanggungjawab Selaku Pemegang Amanah Dalam Mendidik Anak Anak.
Tentatif Seminar NLP
Hari Pertama ( 29 Februari 2012 – Rabu )
8.00 pg | Pendaftaran peserta/ Sarapan pagi |
8.45 pg | Ucapan Aluan oleh Puan Hajah Nor Hashimah Haji Abdul Rahmat Presiden Persatuan Pentadbir UiTM |
9.00 pg | Sesi 1 : NLP dan aplikasinya dalam bidang pekerjaan Corak Transformasi Diri 1 : State Management & 3 A |
10.30pg | Sesi 2 : Ketajaman Deria & Rahsia VAK di tempat kerja Corak Transformasi Diri 2 : Circle Of Excellence (COE) |
12.00tgh | Sesi 3 : Mengendali keadaan emosi dan persepsi diri Corak Transformasi Diri 3 : Anchoring |
1.00tgh | Makan tengahari / solat Zohor / Rehat |
2.30ptg | Sesi 4 : Rahsia ”Rapport” & ”Eye Movement” Tika Berkomunikasi (Teori & praktikal) Corak Transformasi Diri 4 : SWISH pattern Kerja Bengkel 1 (Nilai & Identiti Diri) |
4.30ptg | Minum petang / Seminar ditangguhkan. |
Hari kedua (1 Mac 2012 – Khamis)
8.00 pg | Pendaftaran /sarapan pagi |
9.00 pg | Sesi 5 : Rahsia “Meta Model” dalam komunikasi “Mempengaruhi”(Teori & Praktikal) Corak “State Management & Inkantasi Pengukuh Diri” Corak Transformasi Diri 5 : Menjana Perilaku Baru |
10.30 pg | Sesi 6 : Rahsia Menggunakan Personal Trance Words (PTW) dalam kepelbagaian situasi (Teori & praktikal) |
11.30pg | Model Komunikasi NLP (Teori & praktikal) |
1.00tgh | Makan tengahari |
2.30ptg | Sesi 7 : Rahsia Teknik NLP Subjektif Communication (Teori & praktikal) Q & A |
4.30ptg | Majlis penutup / minum petang & bersurai |
Sukacita dimaklumkan, kursus ini akan dilog dalam jam latihan staf. Sebarang penyertaan perlu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan masing – masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/