PROGRAM tanggungjawab sosial korporat (CSR)  – TAUTAN KASIHPERSATUAN PENTADBIR UiTM

Rumah Penyayang Bestari, Kg. Sg. Buaya, Banting
22 September 2012, Banting. Majlis Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat atau CSR bertemakan TAUTAN KASIH anjuran Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) telah berlangsung dengan meriahnya serta disambut penuh kesyukuran dan ceria oleh pengurusan dan penghuni Rumah Penyayang Bestari, Kg. Sg. Buaya, Banting.

Objektif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) : TAUTAN KASIH  ini adalah:
a) untuk menjalankan tanggungjawab PPUiTM terhadap UiTM sebagai institut pengajian tinggi yang prihatin terhadap keperluan komuniti setempat;
b) membina imej PPUiTM yang dinamik dan prihatin;
c)  mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli PPUiTM untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela; dan meraikan dan memberi sumbangan kepada kumpulan sasaran.

Seramai 130 orang ahli PPUiTM, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), iaitu; Wak Jawa Café (WJC) badan sosial laman sesawang mukabuku (FB),  All Biker Club Malaysia(ABCM) kelab pemotoran berkuasa tinggi, Mahasiswa PERKASA pertubuhan pribumi perkasa melayu telah berganding bahu menjayakan program murni ini serta rakan penajaan makanan Kenny Rogers Roasters Delivery dan AGhaffur’s Murtabak  juga warga kerja dan penghuni Rumah Penyayang Bestari.

Mulai jam 08:30 pagi perjalanan peserta dari Kolej Seroja UiTM dengan diiringi oleh 60 buah motorsikal berkuasa tinggi menyusuri Jalan Banting menuju ke Rumah Penyayang Bestari, Kg. Sg. Buaya.  Setiba di Rumah Penyayang Bestari peserta disambut dengan penuh keriangan oleh Anak-anak Yatim/Miskin serta warga kerja rumah tersebut.
Program CSR dimulakan dengan aktiviti gotong royong naiktaraf pusat sumber, melanskap taman, pembersihan longkang,  motivasi anak-anak yatim/miskin dan diakhiri dengan Fun Ride penghuni menaiki motor berkuasa tinggi yang telah mendapat liputan media TV3.

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • AMIZAR @ FADZILAH BIN HJ MOHD

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 39778Total visitors:
  • 46Visitors today:
  • 390Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: