Bernama
21/11/2012PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) fleksibel dalam menentukan penempatan semula agar tidak perlu mewujudkan jawatan baru dan menambah petugas dalam sektor perkhidmatan awam.

Beliau berkata kini terdapat 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara dan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan tambahan dalam perkhidmatan awam bagi melaksanakan dasar baharu.

“Apabila ada kerja tambahan, jabatan dan agensi akan meminta tambahan penjawat awam dan jawatan. Apa yang boleh lakukan ialah meningkatkan produktiviti secara kreatif dan inovatif agar tidak perlu menambah jumlah jawatan dan bilangan penjawat awam.

“Dengan 1.4 juta penjawat awam adalah mencukupi dan kita hanya perlu untuk menempatkan semula mereka. Sehubungan itu, saya telah meminta JPA supaya lebih fleksibel dari segi penempatan semula.

“Walaupun terdapat skim berlainan, kita perlu melihat macam mana kita boleh ‘break silo’ (mentaliti yang melihat kepentingan terhad kepada jabatan, agensi dan kementerian mereka sahaja). Mungkin keperluan yang lebih banyak dalam sesuatu bidang dan kurang dalam bidang lain, maka kita boleh melakukan pertukaran dan sebagainya,” katanya pada Majlis Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Kementerian Pelajaran Malaysia di sini pada Rabu.

— BERNAMA

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • AZURA BINTI MAZLAN
  • ROSNANI BINTI ABDUL RAZAK

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69137Total visitors:
  • 14Visitors today:
  • 374Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: