Bernama
22/11/2012PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata kegiatan seperti memalsukan dokumen, membocorkan maklumat serta menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak lain akan mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Perbuatan membocorkan rahsia kerajaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Justeru itu, saya ingin mengingatkan semua Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan supaya lebih tegas dalam memberi teguran atau amaran dan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pelanggaran keselamatan termasuklah ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga menyebabkan berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan di agensi masing-masing,” katanya.

Tindakan boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 atau Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), katanya pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan peringkat kebangsaan bertemakan “Mentransformasikan Keselamatan Perlindungan Seiring Transfromasi Perkhidmatan Awam” di Kementerian Kewangan di sini, Khamis.

Pada majlis itu, Ali menyampaikan sijil pengiktirafan Pengurusan Keselamatan Perlindungan 2012 kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan iaitu Jabatan Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Parlimen Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Lembaga Kemajuan Negeri Pulau Pinang, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

— BERNAMA

Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG

http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • ISMI RIDHWAN BIN ISMAIL
  • MOHD HAFIZ BIN MOHD HASAN
  • ZAIDAH BT MUHAMMAD

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69524Total visitors:
  • 57Visitors today:
  • 440Visitors last week:
  • 1Visitors currently online: