Menerima khabar duka Tokoh Pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah pergi meninggalkan kita .
Arwah merupakan Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Takziah kepada keluarga arwah Tan Sri. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. AL-FATIHAH.

Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad meninggal dunia

SHAH ALAM, 16 Ogos — Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad meninggal dunia pagi tadi  pada usia 83 tahun akibat sakit tua, di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang dekat sini.

Universiti dalam kenyataan hari ini berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi tadi.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Jamiul-Huda, Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, sebelum dikebumikan di Kampung Air Limau, Melaka.

Allahyarham dilantik sebagai Pro Canselor UiTM pada 15 Dis 2002 dan meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Noor Hayati Mohamed.

Selain Abdul Rahman, lima lagi Pro Canselor universiti itu ialah Tun Ahmadshah Abdullah, Tan Sri Dr Arshad Ayub, Tan Sri Dr Sallehuddin Mohamed, Tan Sri Safri Awang Zaidell dan Tan Sri Zarinah Anwar.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim dalam kenyataannya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pro-Canselor UiTM telah kembali ke rahmatullah pada 16 Ogos 2020.

“Seluruh warga UiTM merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,” katanya.

— BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1870802

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Hari Lahir

birthday_cake
SELAMAT HARI LAHIR
  • AZURA BINTI MAZLAN
  • ROSNANI BINTI ABDUL RAZAK

Selamat Bersara

KALENDAR AKTIVITI

Archives

Categories

VISITORS COUNTER

  • 69127Total visitors:
  • 4Visitors today:
  • 364Visitors last week:
  • 0Visitors currently online: